nuffnang

Memaparkan catatan dengan label movie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label movie. Papar semua catatan

Selasa, 3 Januari 2012

Movie: Sherlock Holmes 2

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Ayie tengok cerita time mid-night kat Jusco Melaka.. adoi serius mengantok..cerita dia simple je nak bunuh pensyarah tu..tapi punya la psiko punye cerita..haha..ada orang cakap cerita ini best...biasa je..haha..tapi kalau korang nak tengok juga silakan..tapi nasihat ayie tengok waktu korang tak mengantok atau lebih tepat mid-night..haha..selamat menonton..:)

 Ayie sayang anda ♥♥♥ ayie bagi 3.2 bintang daripada 5 bintang

Isnin, 26 September 2011

Johnny English Reborn

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Gelak sepanjang masa!!!... itu boleh dikatakan kepada cerita ini.. lawak bodoh yang selamba membuat orang ramai dalam panggung asyik gelak je.. sampai orang sebelah ayie asyik tergelak lepas tu terbatuk..adoi takut pulak ada yang sakit jantung..terpaksa ayie jadi saksi..haha.. tak rugi woo korang tengok cerita ni..bak kata lecture ayie.."kita tengok wayang untuk suka-suka bukan tengok wayang pergi tengok cerita hantu..nak seram pergi duduk KUBUR!!!".. motif cerita ini nak tangkap siapa dalang sebenar siapa nak bunuh presiden.. rasanya ada lagi kat panggung berhampiran..kalau korang bosan-bosan pergi je tengok..best..

Ayie sayang anda ♥♥♥ ayie bagi 4 bintang daripada 5 bintang...

Ahad, 25 September 2011

Contagion

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

ok 1st kali ayie nak tulis tentang ayie tak lelap tengok cerita ni walaupon menguap banyak kali.. walaupon geng blog yang lain dah mula tidur di pertengahan cerita.. bayar mahal ok..hehe.. ayie tengok cerita ini banyak unsur sains..huhu..ayie dah lama meninggalkan alam sains.. dan part paling best dimana kegigihan blogger menunjukkan dirinya sangat excellent dalam perubatan.. siap buat vlog dengan follower 2 juta tu.."kau mampu"..haha.. cerita dia simple je tentang unsur virus penyakit baru..tapi kecoh sikit sebab satu dunia kene penyakit yang sama..1st time ayie tengok cerita omputih yang sangat membosankan.. tapi ayie gigihkan juga nak tengok..huhu

Ayie sayang anda ♥♥♥ ayie bagi 3.1 bintang daripada 5 bintang

Sabtu, 24 September 2011

Hantu Bonceng

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Hantu Bonceng memang lawak tapi jalan ceritanya kejap sangat.. memula cerita hantu dia tu..eh kejap plak tak ada drama yang menyeramkan..lepas itu sambung pula cerita nasi kangkang..haha..lagi kejap..tapikan ayie rasa nak tukar tajuk la..tajuk dia "kisah perempuan bonceng" sebab banyak awek bonceng motor ..hehe..sekian..

Ayie sayang anda ♥♥♥ nak bagi 2.8 bintang daripada 5 bintang

Jumaat, 22 Julai 2011

MOVIE: HARRY POTTER AND DEATHLY HALLOWS

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Hari isnin lepas ayie tengok wayang cerita harry potter.. ayie sangat peminat fanatik filem harry potter.. semua siri ayie tengok.. tapi tak semua ayie tengok kat wayang..banyak tengok dekat cd dan download dari internet..

ayie teringat dulu masa ayie form 1.. ayie ejek kawan ayie yang minat baca buku harry potter tebal-tebal.. haha.. ayie sebenarnya tak minat baca buku english ni.. yela dah la tebal bahasa dia up up in the world.. tapi lepas tengok siri harry potter kedua.. ayie suruh la abah ayie beli buku harry potter..agak terkejut abah beli tak tebal sangat.. tapi ayie baca rasanya tak sampai 50 muka surat ayie dah stop..baik tengok filem dari baca buku yang tebal-tebal..haha

Ayie rasa siri akhir ini sangat-sangat best..nampaknye filem Thor dah jatuh filem kedua terbaik bagi ayie.. 1st adalah harry potter 7.. cerita dia tak buat ayie mengantuk langsung walaupon ada part2 yang lambat..sunyi je wayang.. tapi paling tak best tengok wayang adalah ada seorang pengomen filem..haha..ko 1st time tengok wayang ke?.. senyap-senyap sudah la tak payah la nak ulas apa yang berlaku...dah la cakap kuat-kuat..haha.. tapi ayie suka anak harry potter..


nama dia sangat unik.. sebab harry cakap gabungan 2 pengetua Hogwarts.. dan anak harry sangat takut kalau dia join team hijau.. tapi kat internet heboh la dok kata albus severus join team hijau..belum tentu lagi dah tahu dia masuk geng mana..hehe

jom layan gambar harry potter 7...






Layan scense kejap

Ni team draco tak puas-puas lagi nak buat huru hara..haha

neville jadi hero hogwarts sebab bunuh ular voldemort

3 sahabat yang memang terbaik

harry siap sedia nak lawan voldemart

sniper yang masih lagi cinta dengan lily..emak harry potter

Ginny Weasley akhirnya jadi buah hati harry dan kahwin dapat anak.. tapi kenapa wife harry tak lawa.. punya la banyak yang cun..ni pulak jadi wifenye..haha

ni masa perlawanan terakhir gusti antara voldemort dengan harry..

geng selenge voldemort tunggu kehadiran harry..


Rugi woo siapa tak pergi terutama fefinat buku tebal JK Rowling..tapi tiket kat seremban ini mahal lagi dari melaka.. seremban dapat rm8 tapi melaka dapat rm6..sayang GSC..haha

Ayie sayang anda ♥♥♥ next entry nak share pasal babrican.. ada satu hal korang kene tahu..bye

Selasa, 5 Julai 2011

MOVIE: TRANSFORMERS - DARK OF THE MOON

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Yeah akhirnya ayie berjaya menonton Transfomers di TGV Jusco Seremban2 dengan berharga tiket rm8.. kalau GSC boleh dapat harga rm6..huhu..

Cerita transfomers kali ini agak panjang menceritakan Sam Witwicky mencari kerja dan tempat kerja tu ramai la dok menjadi orang suruhan decepticons..dan rahsia kerajaan dimana manusia yang pertama sampai ke bulan Neil Amstrong membawa sesuatu daripada kapal milik Cybertron.. dan Optimus Prime sangat bengang sebab orang bumi baru nak sebarkan maklumat tentang penemuan di bulan.. Optimus dan geng lain mahu naik ke bulan nak tengok kapal siapa dekat bulan..diorang jumpa bekas ketua cybertron Sentinel.. Optimus sangat hormat dekat bekas ketua dan memberi hidup baru kepada bekas ketua.. Sentinel mahu hidupkan kapsul supaya tamadun cybertron di tubuhkan.. optimus tak setuju.. sentinel mengamuk.. dan ketua agen berkaitan autobots Charlotte Mearing mahukan cybertron keluar dari bumi.. tapi geng decepticons buat peperangan dengan membantu sentinel menghidupkan kapsul pillar di Chicago.. perang bermula menghalang dengan tentera Amerika dan group autobots menghalang sentinel.. dengan menggunakan sedikit muka menggoda awek sam pujuk ketua decepticons membunuh sentinel.. dan sentinel menjadi lemah.. dan optimus berjaya membunuh sentinel..

itu sahaja citenyee dengan masa tengok 2 jam.. asyik menguap je maybe ceritanyee sangat panjang..huhu..tapi bab lawan-lawan sangat best...


Ayie sayang anda ♥♥♥ minggu ni syif pagi..yeahhh

Jumaat, 1 Julai 2011

MOVIE: Green Lantern ~~ hero yang sengal


Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Hari isnin lepas ayie dan 2 orang kawan baik semasa form 5 pergi menonton wayang cerita hijau tanglung.. green lantern..hehe.. lakonan yang mantap dan hero dia suka buat perangai gila-gila..

Rey Renolds sebagai Hal Jordan.. seorang pilot yang suka buat keputusan sendiri dan akibatnyee kene gantung kerja.. awek dia Carol Ferris memberi peluang kedua kepada Hal untuk mengelak Hal kene buang kerja..sebab awek dia naib presiden bagi syarikat pesawat..

So kat atas dunia sana Green Latern Corp ada masalah dengan makhluk jahat Parallax.. nak menghancurkan corp ni.. so senior corp, Abin Sur lari ke bumi sebab nak cari pengganti cincin dia.. so cincin memilih Hal.. dan bermula
la Hal sebagai hero bumi sebab dia seorang je manusia yang dipilih kat bumi..ceehh hebat tu.. Parallax hantar seorang wakil nak musnahkan owner baru cincin Abin Sur.. Dr. Hector menjadi wakilnyee.. Ayie tengok Hector ni dah macam mengidap penyakit otak je..hehe.. bila dah jadi wakil orang jahat.. so parallax datang sendiri ke bumi nak bunuh Hal.. tapi dengan keberanian Hal dapat bunuh Parallax ke Matahari.. sonang cito eh..

Best nak jadi Green Latern Corp sebab senjata kita akan keluar apa sahaja yang kita fikir.. macam nak elak kene tembak.. boleh fikir KLCC..haha.. kebabom..meletop KLCC..haha..just kidding.. so korang tengok la cerita ni selanjut.. cerita ni up sikit dari cerita Speed 5.. tapi Thor tetap filem terbaik ayie tahun ini.. isnin depan tengok cerita Transfomers..huhu.. isnin je cuti..


tu dia anak Malaysia jadi Green Latern Corp.. sorry tak cukup pencahayaan..haha.. layan kan ajoo

Ayie sayang anda ♥♥♥ mahu kerja lebih pantas hari ini..

Sabtu, 4 Jun 2011

MOVIE: X-MEN FIRST CLASS ~~ Sejarah Mungkin Berulang

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Malam tadi tengok movie x-men.. tengok movie di tengah malam tu dah best..tapi anda tengok kat TGV di jusco Seremban.. hmm agak tidak keselesaan..hehe..ayie kalau nak syok pergi buat wayang sendiri la???..ok ok lepas ni tak nak merungut lagi ok.. ayie pergi dengan kawan ayie.. harga rm12.. adoi mahal lak..lain kali tengok kat GSC maybe dapat rm6..hehe.. x-men banyak menampilkan pelakon lama.. ada reason guna pelakon lama sebab nak menceritakan sejarah tok guru x-men..iaitu magneto dan profesor x.. ada kawan ayie post kat facebook yang banyak yang lari dari kartun.. ok la.. sebab ayie pon tak pernah baca komik dia..hanya tengok kat tv kartun je.. tu pon dah lupa sebab cerita tu pon masa darjah 1..

Movie ni mengisahkan dimana Charles Xavier mendapat gelaran profesor sebab beliau mengkaji mutant dan kelebihan mutant di oxford university..profesor berkawan baik dengan perempuan biru iaitu Raven sejak kecil..Erik pula mengisahkan dimana mak dia terkorban disebabkan dia..kerana saintis Nazi Dr.Schmidt mahukan kuasa dia.. Shaw, Foster, Azazel dan Riptide mencetuskan huru-hara antara Amerika dan Russia.. Agent CIA MacTagget meminta pertolongan Profesor Xavier bagi meyakinkan tentera Amerika yang group Shaw sangat jahat.. Erik cuba menghalang tapi professor Xavier menghalang Erik..

So dia mengajak Erik membantu bagi mengatasi group shaw.. Saintis Hank iaitu Beast mereka alat untuk mengetahui semua mutant yang ada kat dunia.. So professor mengajak semua mutant untuk berkerjasama.. hanya angel, banshee, darwin dan havok yang mahu menyertai.. tapi group shaw buat kacau dengan mengajak orang baru ini sertai group shaw..hanya angel yang ikut.. dan darwin mati dari serangan shaw.. professor xavier mahu merekrut semua mutant muda di sekolah mutant.. beast, hank, havok, banshee, erik berlatih pengawalan kuasa.. time ni sangat menarik.. bila semua dah bersedia diorang mulakan operasi.. sebelum itu agen CIA, erik dan professor berjaya menangkap frost tapi tak dapat menangkap group shaw yang lain kerana diorang menyerang tempat rahsia CIA mutant..

So group professor cuba menghalang group shaw dari menghantar peluru dari russia ke turki.. masa ni mata ayie segar.. sangat-sangat hebat.. kekuatan erik sebagai magneto sangat hebat.. group shaw kalah dengan shaw mati hanya dengan sekeping duit syiling.. tapi bila pihak rusia dengan usa tahu bahayanye mutant ini mereka menghantar semua messile ke pulau dimana semua mutant berkumpul.. masalahnye ada seorang manusia iaitu agent CIA kat sana.. huhu menggelabah..haha.. magneto mengawal semua missile/roket bom dan menghantar balik ke tentera.. agent menghalang dan peluru terkena badan profesor menyebabkan profesor jadi lumpuh.. magneto buat group baru bagi menentang manusia.. magneto,raven, angel, rapitide dan azazel buat group baru.. dan membebaskan foster dari tahanan..

huhu panjang lebau ayie bagi movie review.. itu la sejarah x-men dalam movie.. memang x-men ni banyak mutant.. so banyak lagi kisah-kisah mutant nak cerita..haha.. ok cerita ni ok la sama taraf dengan fast 5.. tapi still Thor masih terbaik dalam movie 2011..

Ayie sayang anda ♥♥♥ hari ini mesti banyak kenduri kahwin kan :)

Selasa, 31 Mei 2011

MOVIE: KUNG FU PANDA 2 ~~comel yg kuat

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Setelah kesedihan kasut telah tercabut tapak so ayie mengajak kawan-kawan ayie pergi tonton movie.. tapi sebelum tu waahh korang punye komen entry sebelum ni asyik nak beli kasut baru je.. mana nak cari duit..huhu.. ayie rasa nak guna suggestion korang yang beli kasut kung fu..kan bro??..hehe

Kung Fu Panda 2 sangat-sangat lawak..dan panda kali ini menunjuk taringnyee sebagai hero yang paling comel... mana taknyee nak jalan secara sembunyi pon buat jalan-jalan comel..haha.. walaupon badan besar perasan orang lain tak nampak.. Po pon sekarang dah kurus..hehe.. itu ayah dia si bangau tu cakap la.. cerita kali ini mengisahkan 5 pahlawan pergi ke negara yang ditakluki oleh burung merak.. burung merak mereka meriam yang kononnye sangat hebat.. dia telah mencuri semua barangan yang berunsurkan logam.. so ada ahli nujum menyatakan keangkuhan merak akan terhakis apabila datang makhluk yang berwarna hitam dan putih.. tapi sebelum itu merak telah memusnahkan kaum panda.. dia telah mempercayai yang kaum panda lah yang akan menghapuskan pemerintahan merak.. so merak sebagai raja.. dan askar2 dia adalah serigala dan gorila..baik pulak serigala dengan merak.. Po berjaya menjadi hero dimana dia telah menghalang merak dari pergi menakluk dunia.. Po dah hebat dengan kungfu dia.. dengan menggunakan teknik ketenangan segala tembakan meriam dapat dielak..huhu hebat.. so Po dah tahu yang keturunan Panda dah hilang.. tapi sebenarnyee keturunan Panda ada lagi..

Ayie tengok cerita ni guna cermin mata.. ala cermin mata 3D.. 1st time tengok wayang guna 3D..hehe sangat-sangat menarik tengok 3D.. macam gambar tu dekat dengan kita.. macam boleh capai la.. tak rugi kalau korang tengok.. panjang tergelak je tengok cite tu..hehe
ayie post gambar ni kat facebook.. diorang cakap robotman..haha..
inilah robotman Malaysia..hehe

Ayie sayang anda ♥♥♥lepas ni nak tengok movie kat laaptop"employee of the month".. sempena OB ni

Selasa, 24 Mei 2011

Assignement Intersesi Movie Review: Nak Pilih Mana Yea???

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Hari ini ayie and the group dapat movie review..eh sebelum tu kawan ayie tanya..

"Kau ada blog ke??"
"Aaaa ada kot.."
"Kawan aku dia tanye sebab ada stalker FB ko.. tengok ada link blog"

haha.. oooo korang stalker ayie lepas tu memalu, tanya kat geng group assignment ayie pula..hehe..Hai awak kalau awak baca ni tak yah tanya kat kawan assignment ayie..terus tanya ayie je..hehe.. thanks sebab sudi singgah blog buruk Ayie..hehe

Ok kembali kepada isu Assignment.. korang tahu kan intersesi kali ini ayie ambik Organizational Behavior (OB).. so petang tadi lecture bagi la assignment movie review..hmmm..bab assignment ni yang malas sikit.. sebab kene pilih movie untuk buat assignment..masalahnyee semua movie lama..takde dalam simpanan ayie rasanyee..huhu.. jom tengok apa movie yang diberi:














tengok semua assignment semua movie bawah tahun 2009.. so rasanyee mana ada dalam simpanan..kalau adapon cd yg dah berabuk dan bercalar.. tapi bagi ayie, ayie suka pilih movie yang agak remaja sikit..hehe..yela baru la dikatakan remaja..korang remaja lagi tak???..

walau apa pon.. assignment ni kene buat cepat.. yela intersesi dalam sebulan je.. kalau banyak bertangguh parah la beb.. kalau korang nak pilih mana???.. cerita dia mesti banyak cerita pasal tajuk 'behavior atau attitude'...

Ayie sayang anda ♥♥♥ Mcd buat promosi beli satu burger mcchiken percuma satu..masalahnyee tengah pokai ni la dia nak buat promosi..huhu

Isnin, 23 Mei 2011

MOVIE: NUR KASIH THE MOVIE~~ CINTA ADAM DAN NUR AMINA

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Lewat ini kurasakan kasih sayang dan harapan....NUUUURRR KAASSSSIIIIIHH..lalallala
waah tu dia siap karok Nur Kasih lagi..duet dengan Tiz Tazqiyah..hehe
Ayie dah tengok Nur Kasih (NK) kat GSC Jusco Bandaraya Melaka..jusco baru kat Melaka..alah yang kes meletup tu..cantik gak tempat dia..dan sangat sejuk..huhu..kalau boleh kurangkan lah sejuk tu..huhu

Nur Kasih arahan Khabir Bahtiar.. sangat simple dan menarik.. banyak adegan nangis-nangis.. walau apa pon hati kene kental sebab ada awek kat sebelah..hahaha..bagi ayie bahagian awal adegan nangis Adiel sangat-sangat la xmasyuk.. patutnyee kasi la bahagian ayu raudah masuk lebih sikit.. baru la masyuk sikit..part ayu raudah paling last adalah dia melompat ketepi bila tengok ada kereta langgar dia..lakonan Tiz Tazqiyah macam biasa sangat menjiwai..hati perempuan cengeng yang kental..hehe.. yang lain ok la.. dengan adik mia yang sangat comel..hehe.. tapikan kenapa Nur Amina bila tua sangat gelap..haha..kenapa tak pilih Sarimah ke..atau pelakon veteran yang putih sikit..huhu..xmasyuk langsung..dan bahagian akhir dimana mood mencemaskan berjaya menarik perhatian ayie.. cerita nak tahu apa kesudahan Adam..adakah dia akan mati atau tidak..jeng jeng jeng.. sesungguhnya mati juga anak adam itu.. meninggal secara aman.. biasa la meninggal semasa umur tua..dan yang paling penting semua penonton akan menangis bila NUR AMINA memeluk anak dia..kalau korang tak nangis mesti akan tersentuh habis atau bahasa pasarnyee sentap beb..huhu

so tak rugi tengok cerita NK the movie jika anda pernah sekali tengok drama NK di televisyen.. kalau tak pernah tengok pon ok je.. sebab bukan sambungan drama NK pon..
"Sesungguhnya Cinta Adam dan Nur Amina sangat Suci"

Ayie sayang anda ♥♥♥ kalau nak tengok korang kene la pakai tudung ke selendang ke kepada Muslimah..kalau tak anda akan sentap..hahaha

Selasa, 10 Mei 2011

Bila: Timun + Kentang Rebus + Telur Dadar + Belacan = Bersatu

Selamat Hari Hari Kepada Pembaca

Yeah Yeah dah sampai rumah... seronok bangat dah sampai rumah.. boleh berehat bebanyak dan dapat layan astro.. dah lama tak layan astro.. wajib tonton chanel 801.. my feveret and family.. Balik petang selepas berjaya membungkus barang sebanyak 50%..lagi 50% akan dibawa hari khamis ni.. yang tinggal perkakas belajar sahaja.. balik je rumah rasa agak lapar.. sebab tak makan tengahari..sarapan pon termiss.. bila buka je tudung saji.. ayie nampak gambar kat atas ni.. apa lagi kalau bukan timun, telur dadar, kentang rebus dan belacan.. sedap sangat.. yela dah lama tak makan masakan emak terutama belacan dia yang ada campur kundang.. so akan bertambah pedas dan masam..hehe..terbaik.. tak sangka pula kentang cecah belacan sedap..hehe.. so rasa kenyang sampai ke malam ni..hehe..

ok ayie dah tengok fast and furios 5.. apa trademark dia?? garang dan pantas..haha..hebat sungguh.. boleh la layan f5 ni.. bila dah nak pertengahan cerita je.. cerita ni pasal rompakan peti besi.. peti besi milik orang kenamaan brazil yang suka mengambil kesempatan..huhu.. bayangkan dua kereta je boleh ngangkut peti besi yang entah berapa kilo..huhu.. sampai habis la bangunan bank..hahaha.. ada satu dua je tunjuk lumba kereta.. memang terbaik la time lumba tu...hehe

ok itu sahaja nak kongsi hari ini.. so jom berjimba kat seremban pula :)

Ayie sayang anda ♥♥♥ berat badan dah kurang 2 kilo la setelah berjaya tak makan nasi seminggu..huhu

Ahad, 8 Mei 2011

MOVIE: THOR

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Yea Yea dah habis exam..yahoo..gembira hati ini..boleh mengadap blog lama-lama..boleh mencantikkan blog..yela blog ayie adalah awek ayie..hehe.. habis je exam terus pergi tengok wayang..nak release tension..hehe.. cerita movie yang terbaik 2011 yang ayie pernah tengok iaitu


ayie bagi 4 bintang daripada 5 bintang.. sangat-sangat best.. dalam movie ini ada unsur lawak, ganas, cinta, magik, sains dan memacam lagi la.. rasa macam tengok transformers pun ada..hehe.. mari la hari ahad ni pergi ramai-ramai tengok THOR..sangat berbaloi..ayie tengok kat GSC Dataran Pahlawan..sound terbaik la..rasa nak tengok sekali lagi lee..

Sinopsis: cerita ni menceritakan untuk kenaikan takhta anak raja untuk menggantikan ayahnya..iaitu Thor.. tengah naik lantik raja ada gangguan.. Thor suruh ayah dia berperang untuk balas balik cubaan gangguan itu.. ayah dia tak nak.. Thor ajak kawan dia berperang.. sampai sana banyak pulak askar.. team askar ais zombi..huhu.. tapi bila lawan 5 pahlawan ni kalah.. walaupun Thor boleh kalahkan semua askar tu.. Ayah dia selamatkan Thor dengan kawan-kawan dia.. dan ayah dia sangat marah sebab Thor buat hal.. Thor dicampakkan ke bumi.. dan penukul Thor juga dicampakkan.. Jane jumpa Thor di kawasan puting beliung.. dan Thor tinggal dengan Jane dan rakan-rakan dia.. Jane adalah ahli fizik.. Thor cerita la dia adalah worrior..tapi kawan Jane tak nak percaya sebab ingatkan Thor gila sebab cerita dia ada dalam cerita worrior kanak-kanak.. Thor cuba cari penukul dia.. bila dah jumpa Thor cuba ambil penukul tu..tapi dia tak ada kuasa kekuatan lagi.. Thor give up dan nak mula hidup cara manusia... Kat atas sana adik dia baru tahu yang dia bukan anak ayah Thor..dia adalah anak askar zombi ais.. dan adik dia merampas takhta Raja.. adik dia dendam dengan Thor dan cuba bunuh Thor dengan Destroyer.. kawan-kawan Thor turut tolong kalahkan Destroyer.. Destroyer adalah penjaga kuasa zombi ais yang sangat besar dan kuat.. Thor dapat kalahkan Destroyer bila ayah dia sedar dari koma.. dan kuasa penukul dan kuasa sakti Thor kembali.. Thor pulang balik ke tempat asal..nak betulkan keadaan.. adik dia berpura-pura baik dengan ayah dia..adik dia telah memusnahkan kaum dia sendiri iaitu zombi ais.. Thor buat pilihan nak musnahkan dunia dia dengan dunia luar lain dengan gunakan tukul pecahkan pintu tu.. dan Thor dijulang menjadi Raja..

Movie ni best bila aksi berperang, aksi lawan dengan Destroyer, aksi pecahkan pintu.. semua best la..sound terbaik

Ayie sayang anda ♥♥♥ Jom jalan-jalan dah habis exam kan..hehe

Rabu, 13 April 2011

Movie France Yang Terakhir

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Bonjour, Ca Va??? hehe sekali sekala cakap bahaso prencis apo salah kan..:).. minggu terakhir adalah minggu paling sibuk di alam semesta.. proposal research ayie kene hantar esok..huhu.. penat la.. banyak kene buat.. sampai tak ada masa nak update..

entry kali ini untuk cerita pasal movie france yang dibuat untuk kali terakhir.. sedih la pulak.. sebab lepas ni tak boleh la nak buat movie france.. sangat seronok belajar france..hehe.. apepon ayie nak ucap syabas kepada geng group kerana dah 3 sem buat video sem ni agak cepat proses nak buat movie..ahlinye:

fizi

shila

zul

azmil

korang memang pro la dalam berlakon..hehe.. lepas ni bole la cari market berlakon kat france kan..hehehe.. ayie nak berlakon kat menara eiffel la.. baru la layan..hehe


dari kiri fizi, ayie, shila, zul, azmil...



scence pertama di monorail melaka.. hello melaka dah ada monorail la..hehehe


scence kedua di depan tempat monorail & river cruise.. guna kereta pinjam parent ayie sebagai ,,penghargaan movie???..haha.. yeke..


scence 3 di river cruise Melaka.. pemandangan sangat cantik..hehe

ok tu je nak cerita pasal movie france..
terima kasih kepada Puan Lee Sah sebab mengajar kami sepanjang 3 semester ni.. nanti kalau jumpa leh borak france ngan die,,hehe

Ayie sayang anda ♥♥♥ proposal research baru siap 80%.. doakan ayie dapat buat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...