nuffnang

Memaparkan catatan dengan label nur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nur. Papar semua catatan

Ahad, 24 Julai 2011

Selamat Pengantin Baru Nur Fatin Dan Amzar

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Pak kebung kebung!!!
Pak gebung-gebung!!
Pak Pak Gebung-Gebung!!

Ayie nak ucapkan tahniah kepada kawan ayie yang sekelas 2 tahun di SMKA SHAMS.. iaitu Nur Fatin dan pasangannya..tahniah ayie ucapkan..semoga kekal ke hingga ke akhir hayat..

cutekan pengantin berpakaian hijau muda.. so nice la..sebelum ini ayie ada buat entry pasal..majlis pertunangan puan fatin ni... sekarang dah sampai masa diorang berkahwin..
dan ayie pon datang lambat ke majlis kahwin dia.. memula ingat tak nak datang tapi dia kan kawan sekelas yang baik.. wajib datang ni..hehe.. lagipon bukan senang datang rumah..

walaupon lambat sampai.. ayie dengan muka temboknya masuk ke khemah pengantin dan terus nak jumpa pengantin..haha.. penyambut tetamu macam tetakut je.. yela ayie baru habis kerja kot.. alang tempat kerja dekat pergi je la singgah kejap.. pengantin dah tukar baju..dan ayie berseloroh cakap pengantin tengah basuh periuk belanga kot..haha..



ada yang tegur kat facebook tengok gambar ini ayie sangat lewat sampai..nasib la pengantin sporting layan tetamu terakhir..haha.. husband dia pelik jauh ke rumah ayie sampai datang lewat.. ayoo.. sorry la bro..hehe.. semoga fatin dan pasangan datang ke majlis perkahwinan ayie dengan membawa anak sedozen..hehe..

Ayie sayang anda ♥♥♥ tetibe nak buat perancangan sebelum balik kampus nak jenjalan ke pulau perhentian.. waa projek baik punyee..haha

Khamis, 16 Jun 2011

Wonder Baby: Happy Birthday Nur Syifa Huda yang ke-1

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Kamu
Allah Selamatkan Nur Syifa Huda
Allah Selamatkan Kamu

Pada hari ahad lepas abah dan umi syifa buat majlis hari jadi untuk anak kesayangan mereka pada usia satu tahun... wow wonderbaby pak uda dah besar la..hehe.. Sangat happening party birthday.. ramai juga la sepupu syifa datang.. dan yang best abah dia belikan kek aiskrim.. sedap sangat.. laju je kek tu kena makan.. tarikh birthday syifa pada 7.6.2010.. dah setahun seminggu la tarikh dia.. inilah wajah abah dan umi Nur Syifa Huda binti Abdul Shukor...


Jadi masa hari jadi Syifa uwan dia masak special pada majlis itu.. Tengok la mak ayie ini masak banyak juga la..tapi mee kari cepat habislah.. hehe sedap sangat sampai licin semua orang makan.. uwan syifa buat kuih muih.. mak ayie start buat kuih dari pagi sampai la petang..tapi apa pun makanan uwan syifa terbaik..
So my lovely niece yang bakal ada adik dalam bulan lapan ni.. Pak uda ucapkan semoga panjang umur dan murah rezeki.. dan sentiasa comel serta jadi anak yang soleh.. dan kalau tinggal dengan pak uda..masa pak uda jadi baby brother.. jangan lasak sangat..ok..hehe

SELAMAT HARI JADI NUR SYIFA HUDA

nak tgok pic lain klik FACEBOOK

Ayie sayang anda ♥♥♥ minggu depan nak pergi kenduri rumah maklong dekat seri iskandar... bestnyee jenjalan

Ahad, 5 Jun 2011

Tengok Kawan Kahwin Terasa Macam Baru 18 Tahun ~~ Selamat pengantin Baru Nur Liyana dan Pasangan



Selamat hari-Hari Kepada Pembaca

=music on=~~Selamat Pengantin Baru..(##teng keteteng keteng)..~~Semoga berbahagia~~Selamat ke anak cucu~~Selamat sejahtera~~ (##tenenene net....
thank you penyanyi undangan wan.. kerana sudi mensumbangkan lagu dalam blog ayie..hehe

Semalam bestfriend pengawas ayie kahwin..jadi pengawas kat SMK Pendeta Za'ba, Paroi Jaya di Seremban.. tak sangka kan.. kawan yang selalu sesama bertugas pengawas dah kahwin dulu..hehe.. tapi ketua pengawas lelaki dengan perempuan lom kahwin lagi.. so korang berdua kene cepat-cepat la cari jodoh.. korangkan dah habis belajar..lagi-lagi ketua lelaki tu dah ado calon..hehe..

yana ni antara atlet juga la kat sekolah.. kenangan sukan tak boleh lupa bila hari latihan merentas desa.. ayie masa tu baru sampai ke sekolah setelah berpeluh-peluh beround banyak taman.. yana tegur depan gate sekolah.." eh engkau baru sampai ke??" hahahaha.. segan kot tengok dia dah lama sampai.. ayie baru nak sampai.. yana ni lembut orangnyee tapi kuat lari jugak ni..huhu.. hebat hebat.. sekarang dia kerja kat putrajaya sebagai akauntan...dan yana ada kembar nama norida..kalau yana dengan norida kahwin sekali maybe sangat-sangat menarik.. tapi yana kahwin serentak dengan abang dia.. ok la tu.. kalau tak 3 pelamin la jawabnyee

Bila tengok kawan kahwin ni terasa diri ayie bertambah muda la..hehe..tak tahu la kenapa..kalau orang lain maybe fikir bila tengok kawan kahwin terasa tua lak kan.. ayie tak..macam baru lepas SPM pulak..hehe..

so ayie ucapkan selamat pengantin baru kepada Nur Liyana dengan pasangan.. semoga kekal ke akhir hayat..aminn



Ayie sayang anda ♥♥♥ sesiapa nak kahwin tu ajak la ayie.. leh la ayie makan free..:)

Isnin, 23 Mei 2011

MOVIE: NUR KASIH THE MOVIE~~ CINTA ADAM DAN NUR AMINA

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Lewat ini kurasakan kasih sayang dan harapan....NUUUURRR KAASSSSIIIIIHH..lalallala
waah tu dia siap karok Nur Kasih lagi..duet dengan Tiz Tazqiyah..hehe
Ayie dah tengok Nur Kasih (NK) kat GSC Jusco Bandaraya Melaka..jusco baru kat Melaka..alah yang kes meletup tu..cantik gak tempat dia..dan sangat sejuk..huhu..kalau boleh kurangkan lah sejuk tu..huhu

Nur Kasih arahan Khabir Bahtiar.. sangat simple dan menarik.. banyak adegan nangis-nangis.. walau apa pon hati kene kental sebab ada awek kat sebelah..hahaha..bagi ayie bahagian awal adegan nangis Adiel sangat-sangat la xmasyuk.. patutnyee kasi la bahagian ayu raudah masuk lebih sikit.. baru la masyuk sikit..part ayu raudah paling last adalah dia melompat ketepi bila tengok ada kereta langgar dia..lakonan Tiz Tazqiyah macam biasa sangat menjiwai..hati perempuan cengeng yang kental..hehe.. yang lain ok la.. dengan adik mia yang sangat comel..hehe.. tapikan kenapa Nur Amina bila tua sangat gelap..haha..kenapa tak pilih Sarimah ke..atau pelakon veteran yang putih sikit..huhu..xmasyuk langsung..dan bahagian akhir dimana mood mencemaskan berjaya menarik perhatian ayie.. cerita nak tahu apa kesudahan Adam..adakah dia akan mati atau tidak..jeng jeng jeng.. sesungguhnya mati juga anak adam itu.. meninggal secara aman.. biasa la meninggal semasa umur tua..dan yang paling penting semua penonton akan menangis bila NUR AMINA memeluk anak dia..kalau korang tak nangis mesti akan tersentuh habis atau bahasa pasarnyee sentap beb..huhu

so tak rugi tengok cerita NK the movie jika anda pernah sekali tengok drama NK di televisyen.. kalau tak pernah tengok pon ok je.. sebab bukan sambungan drama NK pon..
"Sesungguhnya Cinta Adam dan Nur Amina sangat Suci"

Ayie sayang anda ♥♥♥ kalau nak tengok korang kene la pakai tudung ke selendang ke kepada Muslimah..kalau tak anda akan sentap..hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...