nuffnang

Memaparkan catatan dengan label negeri sembilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label negeri sembilan. Papar semua catatan

Khamis, 6 April 2017

Stand 4 U Charity Run 2016

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Larian anjuran KRS Taman Warisan Puteri.. ambik 5KM je mampu... 1st time bawak adik lari











Ayie sayang anda ♥♥♥ LAPAR LAAAA

Khamis, 31 Mei 2012

Kenangan Di Sek. Keb.Mendum Lenggeng Part 3

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Untuk kali ini tengok Tahun 4.. kelas paling ayie sayangi sebab kelas ini tak ramai pelajar.. dan pelajar pon semuanya mendengar kata.. dan tahun 4 ada seorang pelajar paling tinggi kertas ujian yang ayie tanda.. jom tengok gelagat diorang

Atas dari kiri: Mohd Nashriq, Nur Ainin Khairin, Nur Afiqah, Nur Aisyah, Kamil
Bawah dari kiri: Humaira, Ainaa Najwa





Ayie doakan anda semua terus berjaya walau apapon bidang yang anda ceburi.. amin..

 Ayie sayang anda ♥♥♥ Part 1, Part 2

Isnin, 9 Januari 2012

Negeri Sembilan Juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2012

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca 

Tahniah ayie ucapkan kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan kerana mendakap kemenangan Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau dikenali sebagai Piala Sumbangsih 2012..langkah kanan nampaknya pasukan Negeri Sembilan bila mengalahkan Kelantan.. Kemenangan 2-1 oleh jaringan pemain import Negeri Sembilan iaitu Effa Owena melengkapkan kemengan Negeri Sembilan..Tahniah Negeri Sembilan

Ayie sayang anda ♥♥♥Untung bawak tv kat rumah sewa..tak payah nak cari kedai mamak sangat.. boleh sorak kuat-kuat kat rumah..hehe

Ahad, 23 Oktober 2011

Final Piala Malaysia 2011 Sah Milik Negeri Sembilan Dan Terengganu

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 sah milik Negeri Sembilan dan Terengganu.. selepas Negeri Sembilan berjaya mengalahkan pasukan kelab dari Terengganu iaitu T-Team aggregat 6-3 dan Terengganu berjaya merobek keangkuhan Selangor yang mahu kemenangan Piala Malaysia ke-33 dengan aggregat 4-1.. pertembungan yang menarik antara naib juara Piala Malaysia 2010 iaitu Negeri Sembilan dan Juara Piala FA 2011 iaitu Terengganu..yang penting seminggu ini laungan hobin jang hobin dan peteh ganu peteh akan berkumandang selama seminggu dimana final Piala Malaysia akan beraksi pada 29 oktober 2011..dikhabarkan venue utama di Stadium Shah Alam.. tapi diharapkan stadium tersebut di lakukan dengan sekemas yang mungkin kerana tidak mahu keadaan permainan yang tidak menarik disaksikan..

Eh ayie kompem la sokong n9..takkan nak sokong pasukan lain kot.. semangek totap ado!!!.. semalam nasib baik dapat tengok semi-final kat rumah kawan.. almaklumlah rumah sewa tak ada tv..kesian kat rumah kawan ayie.. sebab ayie dok jerit je depan tv..hehe.. sorry.. yang penting hobin jang hobin!!!

Ayie sayang anda ♥♥♥ nasib baik suara tak hilang!!!

Selasa, 6 September 2011

Warna Warni Hari raya Aidilfitri 2011

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Alamak lamanya tak update blog.. banyak benda nak share kat blog ni..hehe.. apa pon ayie nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada semua pembaca blog ayie.. macam mana raya korang?? banyak duit raya??hehe..ayie ada la sikit..daripada tak ada..haha.. ok ini adalah gambar semasa hari raya pertama.. layan kan ajo..

bersalam dengan abah.. sama lak baju ayie dengan abah..

mak dengan warna purplenya raya 2011

ini dengan abang pertama ayie..berapa yee duit raya dia bagi..tak cek plak..haha

dengan effa.. tahun depan darjah satu..

sebahagian geng wonder baby ayie.. 2 orang lagi kat rumah wan lain..

dengan kakchik yang semakin gomok..haha

dengan abang ipar..tahun ni dia bagi duit raya..yeaa..

dengan adik hakim..tunggu den dapek gaji bagi duit raya..hehe

dengan adik last.. tahun ni dia UPSR..

haha excited lak muka ayie..hehe

tunggu tahun depan la ye effa nak duit raya..hehe

dengan alani yang dah pandai cakap..
"pakde slamat ari rayee"

mintak cium malu-malu

dengan boy yang kuat nangis..ada ke pepagi raya nak jalan motor..haha


ok yang ni belum lengkap..bangah dan family beraya di rumah mentua



3 teruna yang masih belum disunti..haha.. siapa dulu siapa la ni..hehe

kat rumah atok di batu kikir

nampak sangat comot..haha

huhu..

my atok..haji baharuddin..

my wan..hajah jaharah

my maklong..hajah rusnah

my maklang.. puan rozita dan anaknya tahirah

ni pulak kat rumah maksu di air mawang, johol

borak la ayie nak makan dodol..haha

bersama dengan syifa..haha rambut keriting habis

yeah dengan baby baru.. nur syahira huda

ok yang belakang tu bangah ayie..

ok itulah sahaja riang ria satu hari raya.. memang penat balik tu ayie dari rumah pakngah dekat gadek, padang sebang balik seremban..rasa macam nak terlelap tengah drive..huhu..nasib baik selamat sampai..


Ayie sayang anda ♥♥♥ Dapat berapa duit raya??

Ahad, 31 Julai 2011

Kisah Si Ultras Malayans

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca
Hish dua hari tak update blog.. bukan apa tak ada nak benda nak share kat blog ni..hehe.. seminggu kerja shift petang ni masyarakat ramai nyee orang.. order masing-masing hebat je..huhu..

apa macam tajuk entry..haha.. macam tajuk filem pon ada juga.. ayie malas nak bincang isu harimau malaya.. ramai blogger lain sibuk tulis pasal harimau malaya.. korang pergi la singgah tengok terjah blog mereka.. eh siapa pemuda yang menangis tu?? haha ini la salah seorang ultras malayans (malaya+negeri sembilan).. sebenarnya ini gambar kawan ayie yang tonton harimau malaya hari itu.. setelah ditanya betul ke dia menangis.. dia mengaku.. fuuhh macam filem pulak.. haha.. sempena bulan 8 2011 ni.. bagus sangat la entry ayie..nak ucapkan selamat menyambut bulan 8..bulan kemerdekaan..dan juga bakal menyambut bulan ramadhan..

ada yang tak nampak ke apa yang tulis dekat surat khabar berita harian 29 julai tu..hmm dia tulis "Penyokong Malaysia mengangkat tabik sambil air mata bergenang ketika lagu Negaraku berkumandang".. semangat patriotik tu..hehe.. siapa boleh buat??..hmm walau apa pon semangat ultras yang sentiasa menyokong Malaysia patut diteruskan.. MALAYSIA BOLEH DAN PASTI JUARA!!!

Ayie sayang anda ♥♥♥ hari ini ada majlis untuk keluarga.. mesti seronok nanti..hehe

Sabtu, 4 Jun 2011

MOVIE: X-MEN FIRST CLASS ~~ Sejarah Mungkin Berulang

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Malam tadi tengok movie x-men.. tengok movie di tengah malam tu dah best..tapi anda tengok kat TGV di jusco Seremban.. hmm agak tidak keselesaan..hehe..ayie kalau nak syok pergi buat wayang sendiri la???..ok ok lepas ni tak nak merungut lagi ok.. ayie pergi dengan kawan ayie.. harga rm12.. adoi mahal lak..lain kali tengok kat GSC maybe dapat rm6..hehe.. x-men banyak menampilkan pelakon lama.. ada reason guna pelakon lama sebab nak menceritakan sejarah tok guru x-men..iaitu magneto dan profesor x.. ada kawan ayie post kat facebook yang banyak yang lari dari kartun.. ok la.. sebab ayie pon tak pernah baca komik dia..hanya tengok kat tv kartun je.. tu pon dah lupa sebab cerita tu pon masa darjah 1..

Movie ni mengisahkan dimana Charles Xavier mendapat gelaran profesor sebab beliau mengkaji mutant dan kelebihan mutant di oxford university..profesor berkawan baik dengan perempuan biru iaitu Raven sejak kecil..Erik pula mengisahkan dimana mak dia terkorban disebabkan dia..kerana saintis Nazi Dr.Schmidt mahukan kuasa dia.. Shaw, Foster, Azazel dan Riptide mencetuskan huru-hara antara Amerika dan Russia.. Agent CIA MacTagget meminta pertolongan Profesor Xavier bagi meyakinkan tentera Amerika yang group Shaw sangat jahat.. Erik cuba menghalang tapi professor Xavier menghalang Erik..

So dia mengajak Erik membantu bagi mengatasi group shaw.. Saintis Hank iaitu Beast mereka alat untuk mengetahui semua mutant yang ada kat dunia.. So professor mengajak semua mutant untuk berkerjasama.. hanya angel, banshee, darwin dan havok yang mahu menyertai.. tapi group shaw buat kacau dengan mengajak orang baru ini sertai group shaw..hanya angel yang ikut.. dan darwin mati dari serangan shaw.. professor xavier mahu merekrut semua mutant muda di sekolah mutant.. beast, hank, havok, banshee, erik berlatih pengawalan kuasa.. time ni sangat menarik.. bila semua dah bersedia diorang mulakan operasi.. sebelum itu agen CIA, erik dan professor berjaya menangkap frost tapi tak dapat menangkap group shaw yang lain kerana diorang menyerang tempat rahsia CIA mutant..

So group professor cuba menghalang group shaw dari menghantar peluru dari russia ke turki.. masa ni mata ayie segar.. sangat-sangat hebat.. kekuatan erik sebagai magneto sangat hebat.. group shaw kalah dengan shaw mati hanya dengan sekeping duit syiling.. tapi bila pihak rusia dengan usa tahu bahayanye mutant ini mereka menghantar semua messile ke pulau dimana semua mutant berkumpul.. masalahnye ada seorang manusia iaitu agent CIA kat sana.. huhu menggelabah..haha.. magneto mengawal semua missile/roket bom dan menghantar balik ke tentera.. agent menghalang dan peluru terkena badan profesor menyebabkan profesor jadi lumpuh.. magneto buat group baru bagi menentang manusia.. magneto,raven, angel, rapitide dan azazel buat group baru.. dan membebaskan foster dari tahanan..

huhu panjang lebau ayie bagi movie review.. itu la sejarah x-men dalam movie.. memang x-men ni banyak mutant.. so banyak lagi kisah-kisah mutant nak cerita..haha.. ok cerita ni ok la sama taraf dengan fast 5.. tapi still Thor masih terbaik dalam movie 2011..

Ayie sayang anda ♥♥♥ hari ini mesti banyak kenduri kahwin kan :)

Selasa, 10 Mei 2011

Bila: Timun + Kentang Rebus + Telur Dadar + Belacan = Bersatu

Selamat Hari Hari Kepada Pembaca

Yeah Yeah dah sampai rumah... seronok bangat dah sampai rumah.. boleh berehat bebanyak dan dapat layan astro.. dah lama tak layan astro.. wajib tonton chanel 801.. my feveret and family.. Balik petang selepas berjaya membungkus barang sebanyak 50%..lagi 50% akan dibawa hari khamis ni.. yang tinggal perkakas belajar sahaja.. balik je rumah rasa agak lapar.. sebab tak makan tengahari..sarapan pon termiss.. bila buka je tudung saji.. ayie nampak gambar kat atas ni.. apa lagi kalau bukan timun, telur dadar, kentang rebus dan belacan.. sedap sangat.. yela dah lama tak makan masakan emak terutama belacan dia yang ada campur kundang.. so akan bertambah pedas dan masam..hehe..terbaik.. tak sangka pula kentang cecah belacan sedap..hehe.. so rasa kenyang sampai ke malam ni..hehe..

ok ayie dah tengok fast and furios 5.. apa trademark dia?? garang dan pantas..haha..hebat sungguh.. boleh la layan f5 ni.. bila dah nak pertengahan cerita je.. cerita ni pasal rompakan peti besi.. peti besi milik orang kenamaan brazil yang suka mengambil kesempatan..huhu.. bayangkan dua kereta je boleh ngangkut peti besi yang entah berapa kilo..huhu.. sampai habis la bangunan bank..hahaha.. ada satu dua je tunjuk lumba kereta.. memang terbaik la time lumba tu...hehe

ok itu sahaja nak kongsi hari ini.. so jom berjimba kat seremban pula :)

Ayie sayang anda ♥♥♥ berat badan dah kurang 2 kilo la setelah berjaya tak makan nasi seminggu..huhu

Selasa, 29 Mac 2011

Selamat Bertunang Fatin & Amzar

Selamat Hari- Hari Kepada Pembaca

Ayie nak ucapkan tahniah kepada Nur Fatin Zulkarnain dan pasangannye Amzar yang telah melangsungkan majlis pertunangan minggu lepas.. so sweet..hehe.. diorang di jangka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan syawal ni..baik sangat la tu..hehe

Fatin adalah rakan sekelas masa tingkatan 1 hingga tingkatan dua di smka sheikh haji mohd said seremban negeri sembilan.. dia ni antara perempuan yang sangat pendiam masa tu..dan seorang pengawas yang sangat comel@kecik..hehe.. suka sakat fatin ni dulu.. ayat yang selalu keluar dari mulut dia.."apa sengih-sengih"..hehe.. masa tingkatan 3 ayie tukar kelas..huhu..sedih woo sebab kelas kitorang yang terpaksa berpecah..kelas lain tak berpecah pon..hmmm.. tahun lepas jumpa dia masa reunion hari raya di labu.. tanya dia pasal bisnes.. yela dia kan dah berstatus bisnesgirl yang sangat hebat..ok tu je nak cerita pasal fatin.. eh dia pon ada blog juga..jom terjah ramai-ramai http://blogfatindankamu.blogspot.com/


Ayie sayang anda ♥♥♥ Hari ini ada nak buat video project management..interview orang silat..

Selasa, 1 Februari 2011

Coklat sedap.. Kopi Radix dah habis..

Tetibe kan dapat idea nak buat cite kat blog.. Cite pasal coklat handmake my sister in-law dan kopi radix stok mak ayie dah habis..huhu

coklat ni kakak ipar ayie buat.. dia selalu tinggalkan bekas besar bagi kat rumah mak mertua dia..hehe..kalau dah bagi coklat free2 kat rumah mak mertua dia..sapa lagi nak makan..mesti la adik2 dia nak makan..haha..terutama ayie..laju je ayie nak menghabiskan coklat..hehe..kalau abang ayie tahu mesti bising ni..hehe.. shedap la..ada kacang hazel dalam dia..kalau pergi beli luar kene bayar..ini free memang la licin..haha.. hmm sesambil tu ayie nak promote la..kalau korang nak order call je nombor ni 019=2782060.. gerenti diorang akan siapkan..hehe


cite pasal kopi radix lak satu hal..huhu.. keluarga aku memang selalu minum kopi radix.. tapi tak sangka pula dah seminggu rumah dah tak ada stok kopi..arrghhh..mak ayie buka stokis..memang tak sangka kopi sekarang dah habis stok..huhu.. rindu nak minum kopi radix..kalau tahu la ni memang ayie bawa kopi radix dari rumah sewa ayie..makkkk cepat la cari kopi radix..huhu.. kalau sesiapa nak order kopi radix atau barang HPA lain..call je..013-3383600.. penghantaran boleh dibuat terus ke rumah anda:)



Ayie sayang anda ♥♥♥ yeaa.. negeri sembilan menang 3-1 lawan t-team

Selasa, 2 November 2010

Juara Piala Malaysia 2010

Tahniah ayie ucapkan kepada kelantan sebab menang Piala Malaysia..
2-1 mengalahkan Negeri Sembilan..
walaupon ayie rasa sedih sangat.. tapi bagi la peluang kat diorang..
"nak merasa"..hehe
kesimpulannya disini..
ni pendapat ayie la..
team kelantan terutama shahrul idlan talaha sengaja buat
kasar kat adil zafuan..
perghh ayie tak boleh terima..
sampaikan negeri sembilan terpaksa main
10 orang sebab aidil injurt kat luar padang..
memang sangat ketara bila aidil xde..
tengah sakit tu.. kelantan dapat satu gol..
xbole terima langsung..
dah la buat sampai injurt..lps tu xkene kad..hisshh
lagi satu patut terima kad keeper dia jatuhkan kunalan..
ref tu takut ke?..
hmm kalau ayie tulis banyak kang lebih ramai yang tak puas hati kang..
walau apa pon ayie nak ucapkan tahniah kat kelantan..
sebab tak merosakkan stadium..
klu tak pepasal negeri sembilan kene bayar denda..huhu..
shahrul ain gol pertama menerusi penalti

badhri radzi gol pertama kelantan


hairuddin omar gol kedua kelantan

Ayie sayang anda ♥♥♥ tinggal 4 paper lg nak jawab exam.. doakan ayie yee:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...