nuffnang

Memaparkan catatan dengan label dan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dan. Papar semua catatan

Ahad, 15 April 2012

Tip Dan Panduan Temuduga

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Sempena tawaran kerja yang banyak kalau tengok di jobstreet atau jobsmalaysia, ayie nak kongsikan sedikit langkah-langkah sebelum interview dan semasa interview.. ilmu mesti dikongsi :)

OBJEKTIF TEMUDUGA
  • Membolehkan majikan mendapat sebanyak mungkin maklumat mengenai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan calon
  • Mengetahui sama ada calon mempunyai personaliti yang sesuai dengan jawatan
  • Melihat tahap kematangan dan kejujuran calon
SEBELUM TEMUDUGA
  • Selidik profil syarikat/jabatan, jawatan atau bidang tugas yang dipohon
  • Kenalpasti etika pakaian di tempat kerja
  • Ulangkaji hardskill
  • Membuat persediaan berkaitan soalan yang mungkin ditanya
  • Kenalpasti lokasi temuduga
  • Sediakan sijil-sijil yang berkaitan
SEMASA TEMUDUGA
  • Beri ucapan selamat kepada panel
  • Mendengar dan menjawab dengan betul
  • Mempunyai keyakinan dan motivasi yang tinggi
  • Bersikap tenang dan tidak gementar
  • Jangan menguasai temuduga
  • Jangan cerita masalah peribadi
  • Jangan bertengkar dengan ahli panel
  • Jangan mengkritik bekas majikan
  • Jangan makan atau mengunyah
  • Jangan bersikap protes sekiranya lambat dipanggil temuduga
AKHIR TEMUDUGA
  • Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga
  • Beri ucapan terima kasih kepada panel
  • Tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun
  • Pastikan barang-barang milik kita tidak tertinggal
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA TEMUDUGA
  • Jawapan secara bersahaja A'ah dan sebagainya
  • Bercakap terlalu perlahan atau lemah
  • Melakukan perbuatan yang mengganggu tumpuan panel temuduga
  • Mengunyah gula-gula getah atau makan gula 
  • Menggoyangkan kaki dan bersilang kaki
  • Menjegilkan mata
  • Menggunakan "slang" ketika menjawab soalan
  • Menyebut atau memanggil nama panel temuduga tanpa penggunaan gelaran yang sepatutnya\
  • Memotong percakapan panel temuduga
ADAB BERPAKAIAN DAN KETRAMPILAN DIRI

LELAKI
  • Digalakkan memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan seluar slack berwarna gelap dan bertali leher
  • Memakai kasut bertumit dan berstokin warna gelap
  • Berambut pendek dan kemas serta janggut di potong rapi
  • Tali pinggang yang dipakai mesti sama dengan kasut yang dipakai
  • Aksesori yang dibenarkan bagi lelaki adalah jam, klip tali leher dan "cuff-link"
WANITA
  • Memakai pakaian yang sepadan
  • Tidak memakai pakaian warna terang atau striking
  • Tidak memakai pakaian seperti lelaki
  • Tidak memakai pakaian menjolok mata
  • Memakai kasut bertumit
  • Rambut disisir rapi atau diikat bagi yang tidak bertudung
  • Tidak dibenarkan mewarnakan rambut berwarna merah, biru, ungu dan berwarna warni
  • Jangan memakai aksesori yang berlebihan
  • Tidak menggunakan solekan dan wangian yang berlebihan


 Ayie sayang anda ♥♥♥ dah baca tip ni baru semangat nak pergi interview :)

Khamis, 12 April 2012

Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Perkara paling malas bagi pekerja yang bukan dari bahagian pendidikan.. kerana benda yang sama je ulang tulis..huh

 Ayie sayang anda ♥♥♥ tinggal beberapa hari lagi...

Jumaat, 13 Januari 2012

Panduan Solat Qasar dan Jama'

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



Korang selalu pergi merantau kat negeri atau orang kan.. so kat bawah ini ayie nak share cara-cara solat 5 waktu yang mudah untuk korang yang suka melancong.. ayie dapat ini dari sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)..

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan
      Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
1.2 Hukum Qasar

      Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

      i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
      “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika       kamu takut diserang oleh orang kafir…”

     ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

      ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda,       solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah-       Nya”
     (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud) 

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

      Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri       daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4  Syarat Solat Qasar

      i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh  syara’.
      ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
      iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
      iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
      v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat  empat rakaat.

1.5  Contoh Niat

                       أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى


      (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

2.0 Solat Jama'


2.1   Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

      i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

     ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar  dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.


2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

      i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.


      ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama  sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul        ihram.


      iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.


      iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.


      v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).


2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

      i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.


      ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
  
2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)


2.3.2  Jama’ Ta’khir


i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

 أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)


ii.  Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)


Ayie sayang anda ♥♥♥ Sesungguhnya Islam Itu Mudah :)

Ahad, 24 Julai 2011

Selamat Pengantin Baru Nur Fatin Dan Amzar

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Pak kebung kebung!!!
Pak gebung-gebung!!
Pak Pak Gebung-Gebung!!

Ayie nak ucapkan tahniah kepada kawan ayie yang sekelas 2 tahun di SMKA SHAMS.. iaitu Nur Fatin dan pasangannya..tahniah ayie ucapkan..semoga kekal ke hingga ke akhir hayat..

cutekan pengantin berpakaian hijau muda.. so nice la..sebelum ini ayie ada buat entry pasal..majlis pertunangan puan fatin ni... sekarang dah sampai masa diorang berkahwin..
dan ayie pon datang lambat ke majlis kahwin dia.. memula ingat tak nak datang tapi dia kan kawan sekelas yang baik.. wajib datang ni..hehe.. lagipon bukan senang datang rumah..

walaupon lambat sampai.. ayie dengan muka temboknya masuk ke khemah pengantin dan terus nak jumpa pengantin..haha.. penyambut tetamu macam tetakut je.. yela ayie baru habis kerja kot.. alang tempat kerja dekat pergi je la singgah kejap.. pengantin dah tukar baju..dan ayie berseloroh cakap pengantin tengah basuh periuk belanga kot..haha..



ada yang tegur kat facebook tengok gambar ini ayie sangat lewat sampai..nasib la pengantin sporting layan tetamu terakhir..haha.. husband dia pelik jauh ke rumah ayie sampai datang lewat.. ayoo.. sorry la bro..hehe.. semoga fatin dan pasangan datang ke majlis perkahwinan ayie dengan membawa anak sedozen..hehe..

Ayie sayang anda ♥♥♥ tetibe nak buat perancangan sebelum balik kampus nak jenjalan ke pulau perhentian.. waa projek baik punyee..haha

Ahad, 5 Jun 2011

Tengok Kawan Kahwin Terasa Macam Baru 18 Tahun ~~ Selamat pengantin Baru Nur Liyana dan Pasangan



Selamat hari-Hari Kepada Pembaca

=music on=~~Selamat Pengantin Baru..(##teng keteteng keteng)..~~Semoga berbahagia~~Selamat ke anak cucu~~Selamat sejahtera~~ (##tenenene net....
thank you penyanyi undangan wan.. kerana sudi mensumbangkan lagu dalam blog ayie..hehe

Semalam bestfriend pengawas ayie kahwin..jadi pengawas kat SMK Pendeta Za'ba, Paroi Jaya di Seremban.. tak sangka kan.. kawan yang selalu sesama bertugas pengawas dah kahwin dulu..hehe.. tapi ketua pengawas lelaki dengan perempuan lom kahwin lagi.. so korang berdua kene cepat-cepat la cari jodoh.. korangkan dah habis belajar..lagi-lagi ketua lelaki tu dah ado calon..hehe..

yana ni antara atlet juga la kat sekolah.. kenangan sukan tak boleh lupa bila hari latihan merentas desa.. ayie masa tu baru sampai ke sekolah setelah berpeluh-peluh beround banyak taman.. yana tegur depan gate sekolah.." eh engkau baru sampai ke??" hahahaha.. segan kot tengok dia dah lama sampai.. ayie baru nak sampai.. yana ni lembut orangnyee tapi kuat lari jugak ni..huhu.. hebat hebat.. sekarang dia kerja kat putrajaya sebagai akauntan...dan yana ada kembar nama norida..kalau yana dengan norida kahwin sekali maybe sangat-sangat menarik.. tapi yana kahwin serentak dengan abang dia.. ok la tu.. kalau tak 3 pelamin la jawabnyee

Bila tengok kawan kahwin ni terasa diri ayie bertambah muda la..hehe..tak tahu la kenapa..kalau orang lain maybe fikir bila tengok kawan kahwin terasa tua lak kan.. ayie tak..macam baru lepas SPM pulak..hehe..

so ayie ucapkan selamat pengantin baru kepada Nur Liyana dengan pasangan.. semoga kekal ke akhir hayat..aminn



Ayie sayang anda ♥♥♥ sesiapa nak kahwin tu ajak la ayie.. leh la ayie makan free..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...