nuffnang

Memaparkan catatan dengan label pasangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pasangan. Papar semua catatan

Isnin, 19 Mac 2012

Nur Nadirah Dan Pasangan Selamat Diijab Kabulkan

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Akhirnya kawan ayang ayie anggap macam motivator dan bff telah selamat bernikah dengan pasangan hati.. Nadirah ini telah tamat zaman solonya pada usia 24 tahun..katanya 24 tahun itu terlalu tua..yee dia sangat takut dengan jodohnya walaupun rakan-rakan yang sebaya dengan dia rileks je..hehe.. Nadirah sekarang berkerja di celcom KLIA..kalau korang pergi KLIA dan nampak dia sedang bertugas di celcom kirim salam kat dia yee..hehe.. suami beliau pon bertugas di KLIA..kakitangan MAS kot.. so ini cinta customer la ni agaknya..
Hmm nampaknya seorang demi seorang rakan yang nak lepak di kala ayie tengah free telah hilang zaman remajanya.. wah remaja tu untuk yang single je ok..siapa yang bertukar status..anda pon bertukar dari remaja ke dewasa seterusnya ke warga emas..huhu..

Ayie ucapkan Selamat Pengantin Baru semoga kekal hingga ke akhir hayat..dan cepat-cepat la nak dapat anak..amin..

untuk korang yang ayie tahu kalau buat post kahwin je mesti tanya soalan.."ayie bila lagi" ok ayie akan umumkan siapa pengarang jantung ayie selepas ayie berjaya membeli banglow sebuah..:))

 Ayie sayang anda ♥♥♥kepada Nadirah jangan lupa beli ayie Peti Ais 3 Pintu masa wedding ayie pula :P

Ahad, 4 Mac 2012

Perkahwinan Tasik Chini: Norida Saffi Dan Pasangan

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Tasik Chini nama yang sangat popular semasa zaman lampau dimana ada kisah dongeng mengatakan tasik chini telah timbul naga kat tasik yang terletak berhampiran muadzam shah Pahang..wallahualam..

ok tak nak cerita pasal naga.. nak cerita kisahnya kelangsungan perkahwinan kawan sekelas ayie di UiTM iaitu Norida Saffi serta pasangannya yang telah sah rasminya menjadi pasangan suami isteri pada minggu lepas.. dan semalam kenduri di pihak lelaki pula.. ayie nak ucapkan selamat pengantin baru kepada norida dan pasangan.. perjalanan yang agak jauh dari seremban ke tasik chini yang mengambil masa 3 jam nak sampai.. rumah pengantin di Felda Chini 2.. sebuah perkampungan felda yang teratur..wooo banglow.. kau ado!!..hehe..

Ayie harap pengantin ini dapat kekal sampai ke akhir hayat dan lahirkan anak-anak yang comel comel..mana tahu anak pengantin bakal jadi isteri ayie ke??? wallahualam :P

 Ayie sayang anda ♥♥♥ Semalam dapat cabutan bertuah semasa mesyuarat PIBG SK Mendum..nak tahu hadiah apa tunggu entry seterusnya :P

Jumaat, 30 Disember 2011

Pengantin Doktor Gigi~~Dr. Nurul Ain Azmi Dan Pasangan

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Entri kahwin lagi..haha..memang bulan kahwin ini asyik tayang gambar orang kahwin je.. kalau nak tanya ayie bila kahwin lagi..tunggu ayie umur 35 tahun..mampu tunggu??hehe..

Inilah classmate ayie masa start Form1-Form 2 kat SMKA SHAMS.. bermula kenal dia ini good3 je..tapi boleh tahan dia punya kene kan balik..hehe.. tak sangka dah kahwin.. ayie dulu kalau jumpa dia suka sebut nama penuh dia..Nurul Ain Azmi dok lenggeng.. tapi sekarang duduk kat Taman Tuanku Jaafar Senawang je..eh lama la tak jumpa dia ini dah hampir 8 tahun..tapi masa itu dengan beraninya dia tanya ayie..ada tak photographer yang murah..haha ayie suggestkan la ain dengan abang Adam Arjuna..dan dia puas hati ok la tu kan..hehe..


Ayie ucapkan Selamat Pengantin Baru..semoga kekal hingga akhir hayat :)

 Ayie sayang anda ♥♥♥ Yesss!!!! ayie dah habis VIVA :)

Ahad, 5 Jun 2011

Tengok Kawan Kahwin Terasa Macam Baru 18 Tahun ~~ Selamat pengantin Baru Nur Liyana dan Pasangan



Selamat hari-Hari Kepada Pembaca

=music on=~~Selamat Pengantin Baru..(##teng keteteng keteng)..~~Semoga berbahagia~~Selamat ke anak cucu~~Selamat sejahtera~~ (##tenenene net....
thank you penyanyi undangan wan.. kerana sudi mensumbangkan lagu dalam blog ayie..hehe

Semalam bestfriend pengawas ayie kahwin..jadi pengawas kat SMK Pendeta Za'ba, Paroi Jaya di Seremban.. tak sangka kan.. kawan yang selalu sesama bertugas pengawas dah kahwin dulu..hehe.. tapi ketua pengawas lelaki dengan perempuan lom kahwin lagi.. so korang berdua kene cepat-cepat la cari jodoh.. korangkan dah habis belajar..lagi-lagi ketua lelaki tu dah ado calon..hehe..

yana ni antara atlet juga la kat sekolah.. kenangan sukan tak boleh lupa bila hari latihan merentas desa.. ayie masa tu baru sampai ke sekolah setelah berpeluh-peluh beround banyak taman.. yana tegur depan gate sekolah.." eh engkau baru sampai ke??" hahahaha.. segan kot tengok dia dah lama sampai.. ayie baru nak sampai.. yana ni lembut orangnyee tapi kuat lari jugak ni..huhu.. hebat hebat.. sekarang dia kerja kat putrajaya sebagai akauntan...dan yana ada kembar nama norida..kalau yana dengan norida kahwin sekali maybe sangat-sangat menarik.. tapi yana kahwin serentak dengan abang dia.. ok la tu.. kalau tak 3 pelamin la jawabnyee

Bila tengok kawan kahwin ni terasa diri ayie bertambah muda la..hehe..tak tahu la kenapa..kalau orang lain maybe fikir bila tengok kawan kahwin terasa tua lak kan.. ayie tak..macam baru lepas SPM pulak..hehe..

so ayie ucapkan selamat pengantin baru kepada Nur Liyana dengan pasangan.. semoga kekal ke akhir hayat..aminn



Ayie sayang anda ♥♥♥ sesiapa nak kahwin tu ajak la ayie.. leh la ayie makan free..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...