nuffnang

Memaparkan catatan dengan label malam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label malam. Papar semua catatan

Jumaat, 9 Disember 2011

Dinner Fakulti Yang Terakhir

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Dinner fakulti ayie bertempat di Equatorial Hotel..ok la rasanyee..ini lah dinner terakhir bersama fakulti ayie.. jom layan gambar sikit..


ayie pakai blazer je..memandangkan tema korporat glamor.. so pakaian semasa kelas hari isnin jele pakai..huhu..


sebahagaian rakan kelas ayie yang datang..ramai je tak datang sebab duit dah habis pergi sarawak..hehe


bersama lecturer ayie yang kami sayang.. esok lecturer ayie cik khairiyah menamatkan zaman bujangnyee..
SELAMAT PENGANTIN BARU PUAN KHAIRIYAH :))
di pintu keluar majlis.. nak jadi macam artis korea tapi tak jadi..haha..jadi artis pop yeah yeah Malaysia jele..hehe

Ayie nak ucapkan terima kasih kepada Daniel Adie kerana memberi pinjam tie dan blazer..:))


Ayie sayang anda ♥♥♥ semalam seharian jalan-jalan ke singapura..tapi tak dapat nak bergambar di kepala singa putih tu..huhu..

Isnin, 17 Oktober 2011

Malam Istimewa Malam Jalinan Kasih

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Pada hari rabu lepas ayie ada perjumpaan group fakulti ayie iaitu Fakulti Sains Pentadbiran Pengajian Polisi, Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran..hari yang sangat special kerana inilah yang terakhir kami yang super duper senior dapat berkumpul kenal-kenal dengan adik-adik junior..dan malam itu juga ada junior yang tegur pasal blog..ada juga nak tengok blog yang kurang manfaat ini.. ayie rasa majlis ini ok la macam biasa seperti 5 semester yang lepas.. 6 semester join majlis jalinan kasih..


sebahagian yang hadir..kalau korang cekap ayie duduk dekat mana??

antara lecture yang hadir

persembahan part 1 kali ini seperti biasa..tapi part 1 semester lepas sangat best..

persembahan yang sangat dipaksa oleh part 3 baru... trademark yang paling tak lupa "jangan"..haha..so ayie nak namakan kumpulan "jangan"..

persembahan dari part 6.. banyak sangat lagunya..dan salute kat abang gitar.. terbaik wok!!

dan malam yang istimewa adalah dimana ayie dipanggil untuk menerima hadiah..alah sijil je kot.. tapi "market" la kejap.. so inilah hari yang paling special..hehe

next event fakulti katanya dinner bersama junior..makan free jangan dilepaskan..makan dekat hotel pula.. memang bawa perut je la..hehe

Ayie sayang anda ♥♥♥ tengah nak saving duit.. trip kelas nak pergi Gua Mulu, Sarawak

Selasa, 2 November 2010

Juara Piala Malaysia 2010

Tahniah ayie ucapkan kepada kelantan sebab menang Piala Malaysia..
2-1 mengalahkan Negeri Sembilan..
walaupon ayie rasa sedih sangat.. tapi bagi la peluang kat diorang..
"nak merasa"..hehe
kesimpulannya disini..
ni pendapat ayie la..
team kelantan terutama shahrul idlan talaha sengaja buat
kasar kat adil zafuan..
perghh ayie tak boleh terima..
sampaikan negeri sembilan terpaksa main
10 orang sebab aidil injurt kat luar padang..
memang sangat ketara bila aidil xde..
tengah sakit tu.. kelantan dapat satu gol..
xbole terima langsung..
dah la buat sampai injurt..lps tu xkene kad..hisshh
lagi satu patut terima kad keeper dia jatuhkan kunalan..
ref tu takut ke?..
hmm kalau ayie tulis banyak kang lebih ramai yang tak puas hati kang..
walau apa pon ayie nak ucapkan tahniah kat kelantan..
sebab tak merosakkan stadium..
klu tak pepasal negeri sembilan kene bayar denda..huhu..
shahrul ain gol pertama menerusi penalti

badhri radzi gol pertama kelantan


hairuddin omar gol kedua kelantan

Ayie sayang anda ♥♥♥ tinggal 4 paper lg nak jawab exam.. doakan ayie yee:)

Ahad, 29 Ogos 2010

Ilmu Ramadhan 2010: Kelebihan Malam Sepuluh Terakhir Ramadhan dan Lailatul Qadar


Kelebihan Malam Sepuluh Terakhir Ramadhan dan Lailatul Qadar.

Malam sepuluh terakhir Ramadhan

1. Rasulullah s.a.w. memperbanyakkan ibadah pada malam sepuluh terakhir melebihi daripada malam malam sebelumnya. Aisyah r.a. berkata:

“Rasulullah s.a.w. apabila masuk malam sepuluh terakhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah dari isteri-isterinya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2. Pada malam sepuluh terakhir terdapat satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).

• Pada malam inilah diturunkan al-Quran sebagaimana firman Allah S.W.T.:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al- Quran) pada malam Lailatul Qadar.” (Surah al-Qadar: 1)

Ibn Abbas berkata: Allah menurunkan al-Quran sekaligus dari Al-Luh Al-Mahfuz ke Bait al-E’zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat
kepada Rasulullah s.a.w., selama 23 tahun.

• Lailatul Qadar disifatkan lebih baik dari seribu bulan, firman Allah S.W.T.:

“Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar: 3)

• Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah S.W.T.:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) itu pada malam yang berkat (Lailatul Qadar).” (Surah al-Dukhan: 3)

• Pada malam ini juga turunnya para Malaikat. Dan Malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

• Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah S.W.T.:

“Kami menurunkan al-Quran pada malam yang tersebut kerana pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmah serta tetap berlaku (tidak berubah atau bertukar).” (Surah al-Dukhan: 4)

Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ ialah pada malam tersebut Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

• Allah S.W.T. mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam tersebut dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan

Lailatul Qadar

Nabi s.a.w. bersabda:
“Carilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh terakhir Ramadhan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
“Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir.” (Riwayat al-Bukhari)

Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadith-hadith yang menceritakan tentang Lailatul Qadar berselisih pada waktunya, maka ini menunjukkan bahawa malam tersebut berpindah-pindah pada setiap tahun. Oleh itu, marilah kita sama-sama memanfaatkan malam
sepuluh terakhir Ramadhan dan menghidupkannya dengan ibadah dan doa. Dalam sebuah hadith riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab: katakanlah:

3. Iktikaf pada malam sepuluh terakhir Ramadhan di mana fadhilatnya lebih banyak dari hari-hari biasa. Maksud iktikaf di sini ialah mendampingi masjid untuk mentaati Allah.

Rasulullah s.a.w. tidak pernah sekalipun meninggalkan iktikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan sehinggalah baginda wafat. Isteri-isteri baginda juga turut beriktikaf
bersama-samanya ketika baginda hidup dan selepas baginda wafat.

• Syarat sah iktikaf:
1)Islam
2)berakal
3)tidak berjunub
4)bersih dari haid dan nifas bagi perempuan.

• Niat: Iktikaf adalah ibadah yang tidak sah melainkan dengan niat.

• Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid.

• Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari kedua puluh Ramadhan.

• Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf ialah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadhan.

• Perkara yang membatalkan iktikaf:

(1) keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja.
(2) Murtad.
(3) hilang akal kerana gila atau mabuk,
(4) datang haid atau nifas
(5) jimak.

Firman Allah S.W.T.:-
“... dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid.” (Surah al-Baqarah: 187)

• Perkara yang sunat dilakukan:

1)memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, salawat dan doa.
2)menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji kitab hadith, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.

• Perkara yang harus dilakukan:

1)Keluar daripada masjid kerana hajat dan dharuriah seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara,
2)Menziarahi kematian atau orang sakit.
3) harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian

Rabu, 28 Julai 2010

Hari Terbuka dan Malam Jalinan Kasih FSPPP

Pada hari isnin malam selasa. Fakulti aku anjur malam jalinan kasih. Malam nak kenal semua junior-junior yang baru masuk.. Hmm pada mulanya agak menarik. Tapi bila Part 1 buat persembahan..boring laa.. kau ni nyanyi la lagu popular sikit. Nie nyanyi sakit telinga je..huhu..xbest..xsyok.. Lepas tu masa ucapan Part 3 plak..aduhai ko nie ceramah ke apa..macam xbest langsung induksi time ni..aku dah masuk induksi 4 kali..kali ni paling membosankan..sebab kalau sebelum ni..induksi semua happening.. lepas tu part 3 buat persembahan silat cekak..ok la..boleh dikatakan antara yang terbaik persembahan malam tu..huhu..lepas tu pulak semester 6 dipaksa buat persembahan..haha adakah anda dibuli untuk buat persembahan..hehe..suara dah ok la..lagu pon aku macam xfamiliar..tapi yang beshnyee.naik pentas semua part 6..tapi aku rasa hanya seorang je nyanyi..haha layan la beb..hehe.. masa teka biji dalam peria tu..alamak xtepat lak..semua ada 205..aku teka 106..huhu klu tambah 100 maybe aku dapat hamper tu..hehe.. lepas tu cabutan bertuah..hampeh aku tak dibagi kertas yang ada nombor..pergh rugi siot..hmm..dan nak ucap tahniah pasukan debat sebab menang piala pengarah..congrats girls :)



tempat kejadian..di audiotorium..

yang ni..part6 buat persembahan..layan..haha


dan gimik aku rasa menjadi..di mana encik bastiyan merangkap lec HR aku dengan Puan Khalila.. diraikan sebagai pengantin baru..nice:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...