nuffnang

Memaparkan catatan dengan label nubhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nubhan. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Ogos 2011

Aidilfitri Limpah Kurnian Illahi Daripada Nubhan

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Tinggal 3 hari lagi kita akan menghadapi ujian puasa.. lepas ini kita boleh meraikannya..hehe.. tahun ini baju melayu ayie recycle semula tahun lepas.. ayie tak jumpa baju melayu yang ayie suka..so baju tahun lepas pon ok juga..hehe..

Ayie sangat suka lagu baru Hari Raya daripada Nubhan.. pencipta lagu pun hebat iaitu Taja dari Meet Uncle Hussein.. so bila dengar friendly je..hehe jom layan lagu dia..



Bergema takbir di kala senja yang indah
Menyambut tiba shawal mulia
Sempurnalah sudah rukun ke tiga
Tiba masa untuk meraikan

Pulanglah Anak
Perantauan tinggalkan kota
Ayah serta bonda, Rai kepulangan
Si anak desa

Maaf di pinta tulus ikhlas dari hati
Tangan dihulur mengucap
Selamat hari raya semua
Moga diberkati Allah

Maaf dipinta tulus ihlas dari hati
Tangan dihulur mengucap
Selamat hari raya semua
Di aidilfitri limpah kuniaan Illahi

Bergema takbir dikala senja yang indah
Menyambut tiba shawal mulia
Sempurnalah sudah rukun ketiga
Tiba masa untuk meraikan

Pulanglah Anak
Perantauan tinggalkan kota
Ayah serta bonda, Rai kepulangan
Si anak desa

Maaf dipinta tulus ihklas dari hati
Tangan dihulur mengucap
Selamat hari raya semua
Moga diberkati Allah

Maaf dipinta tulus ikhlas dari hati
Tangan dihulur mengucap
Selamat Hari Raya semua
Di aidilfitri kuniaan Illahi

Pulanglah Anak
Perantauan tinggalkan kota
Ayah serta bonda, Rai kepulangan
Si anak desa

Maaf dipinta tulus ikhlas dari hati
Tangan dihulur mengucap
Selamat Hari Raya semua
Moga diberkati Allah

Maaf dipinta tulus ikhlas dari hati
Tangan dihulur mengucap
Selamat hari raya semua
Di aidilfitri limpah kuniaan Illahi

Di aidilfitri limpah kuniaan Illahi


Sebelum ini ada juga lagu lama hari raya nubhan.. tapi mood sedih la..hehe.. jom layan jap..

Segaris Bulan Sabit


Sedih la tinggal 3 hari lagi nak puasa.. sebab ayie suka bulan puasa kali ini kerana dapat berbuka dengan keluarga.. awesome bak kata orang putih..hehe

Pengertian Surah At-Takaatsur

1. Kamu telah dilalaikan oleh perlombaan (memperbanyak hartabenda dan anak-anak)
2. Sehingga kamu masuk kubur
3. Sekali-kali jangan begitu, nanti kamu akan mengetahui
4. Kemudian sekali-kali jangan begitu, nanti kamu akan mengetahui
5. Sekali-kali jangan begitu, kalau kamu mengetahui dengan ilmu yang yakin
6. Sesungguhnya kamu akan melihat neraka
7. Kemudian sesungguhnya kamu akan melihatnya dengan mata keyakinan
8. Kemudian kamu akan diperiksa pada hari itu tentang segala nikmat (yang kamu peroleh dari Tuhanmu)


Ayie sayang anda ♥♥♥ "apa lagu feveret raya korang??"

Selasa, 23 Ogos 2011

Mood Kemas Hari Raya Bermula

Selamat hari-Hari Kepada Pembaca

Mood rajin ayie dah mai walaupon tanpa kedengaran lagu raya.. mood kemas raya tetap berjalan dengan lancar.. walaupun bermula lewat sikit..hehe.. yela ayie kan kuat tidur..

bermula mengelap kabinet yang mak cakap penuh dengan tahi cicak.. sorry kepada yang pembenci cicak... pelik rumah tak nampak sangat cicak tapi tahinya berlambak.. lepas tu ayie berusaha dengan gigih mengelap kipas.. seperti gambar diatas.. mood raya la katakan.. dapat juga la lap dalam 10 kipas.. tu tak termasuk kipas luar yang ada tiga.. ok la esok nak lap semua tingkap rumah.. semoga mood kemas raya ada lagi..hehe


ayie dah dapat kad raya nubhan sabtu lepas.. sangat cantik kad dia.. siap buat tandatangan besar gedabak lagi.. siapa boleh tiru signature dia..hehe..thanks kepada nubhan dan pihak pengurusan nubies.. setiap tahun dapat kad raya.. dan gambar kad raya semakin maju la..cayalah.. nah dengar sikit lagu raya nubhan.. bestkan.. encik taja meet uncle husein buat..hehe




petang tadi ayie sempat potong rambut.. brrr orang baru lagi kena potong.. so agak sopan dan tertib bila dia gunting..hehe..tapi tak dapat amoi la..lelaki pula offer gunting.. layankan aje.. dia nak ambil hati kata rambut bila dah potong macam justin bibir..eleh inagt aku hairan justin bibir tu..hehe..walaupon peminat lagu dia.. lagu je yee... bukan orangnya..huhu.. dan beli la wax kat kedai tu.. walaupon beli wax boleh pergi ulang alik KL tapi nak stylo katanya ayie try la..huhu



ok itu sahaja mood kemas raya..maybe esok sambung mood kemas raya.. sebelum balik pulang ke rumah tolong kawan hantar beli gas masak.. walaupon jauh ayie cuba tolong..katanya nak upah pizza..hehe..rezki jangan ditolak..musuh jangan dicari..hehe

Pengertian Surah Al-Humazah

1. Celakalah (azablah) untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pendusta
2. Yang mengumpulkan harta benda dan menghitung-hitungnya
3. Ia mengira, bahawa hartanya itu akan mengekalkannya (buat hidup di dunia)
4. Tidak, sekali-kali tidak, sesungguhnya dia akan dilemparkan ke dalam neraka (hutamah)
5. Tahukah engkau apakah neraka hatamah itu?
6. iaitu api yang bernyala-nyala
7. Yang membakar sampai ke hati (manusia)
8. Sesungguhnya api ditutupkan atas mereka
9. Sedang mereka itu (diikatkan) pada tiang yang panjang

Ayie sayang anda ♥♥♥eh nama anak buah ayie tu dah dapat.. abah dia letak nama Nur Syahira Huda.. bestkan nama dia..hehe

Ahad, 5 Jun 2011

Kembar Nubhan Kahwin?? ~~ Selamat Pengantin Baru Encik Fadli Dan Pasangan



Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Ayie nak ucapkan selamat pengantin baru kepada kembar nubhan..iaitu encik Fadli.. kembar???.. haha.. nubhan ada kembar ke?? eh tak ada la nubhan tak ada kembar.. tapi ada peminat nubhan kata muka dia ada iras-iras nubhan..hehe.. sorry abe.. Encik Fadli ini adalah peminat yang tegar kat nubhanfc.forumotion.com.. sebab dia la selalu dok komen kat sana..hehe.. kat laman web tu boleh cek siapa yang selalu beri komen.. so antara raja komen dia la..hehe.. ayie dulu nak kejar..tapi tak dapat.. maybe kene ada depan komputer 24 jam..hehe.. Encik Fadli orang new castle.. Kota Bahru Kelantan.. sebab tu kalau tegur dia kat internet selalu panggil dia abe.. pernah jumpa dia sekali.. terkejut sesangat sebab dia terlalu kurus..huhu.. rasa pegang tulang pulak.. tapi takut nak pegang takut patah..hehe..

Selamat Pengantin Baru hingga kekal ke akhir hayat.. dan semoga cepat-cepat dapat anak :)

Ayie sayang anda ♥♥♥ Pukul 2 nanti nak pergi kenduri kahwin kawan sekolah... kawan pengawas..

Ahad, 22 Mei 2011

Nubhan Nyanyi Lagu Pokok

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Malam tadi tengah chating fb dengan kawan dari brunei.. dia pon nubies juga.. dia tulis nubhan kat AF9.. ayie ingatkan dia interframe kejap je..rupanya nyanyi dengan full..waa tetiba rindu nak dengar nubhan nyanyi.. mungkin nyanyi lagu feveret ayie kot..Beri Rasa.. tapi bukan la dia nyanyi lagu pokok.. nyanyian asal hazama.. lagu dari meet uncle hussein..eh best pulak lagu ni.. senang nak hafal yee..hehe.. apa pon sangat enjoy la dia nyanyi.. image dulu dengan masa mula-mula nyanyi kat AF6 sangat lain yee..hehe..

Salah satu sebab ayie buka blog pon kerana nubies iaitu penyokong nubhan..hehe..jangan marahyee..hehe


ni la gaya dia nyanyi lagu pokok.. panjang bona ghambut eh.. tak pepotong gak eh ghambut tu..hehe


tetibe statement aznil yang nubhan masuk meet uncle hussain.. takkan la kot..nubhan dah ada album sendiri..so takkan nak masuk group yang suka buat lagu high note..hehe

Ayie nak sedekah alfatihah kepada mangsa tanah runtuh di asrama anak yatim di hulu langat..pilu hati ayie tengok kanak-kanak yang suci ini meninggal akibat tanah runtuh.. lebih pilu lagi diorang nak buat persiapan sempena FINAS datang tempat diorang..ya allah semoga roh mereka dicucuri rahmat..amin..

Ayie sayang anda ♥♥♥ ok malam ni nak gerak balik ke Melaka.. negeri ke-2 kesayangan ayie.. huhu

Selasa, 11 Januari 2011

1st album.. Langkah Nubhan

album nubhan
Wow jangan tak cayo ayie ni fan nubhan tau..hehe.. i'm the nubies @ nubian..huhu.. ayie da penah datang gathering nubies 2 kali..semuanya kat kuala pilah..haha.. dokek yo kek umah ayie.. sonangkan..haha.. album ni da keluar masa bulan 10..huhu.. ayie beli album ni dari kak harney.. beli face to face dengan dia..hehe.. sebab dapat la kenal rumah dia (sosek poie umah eh) harga hanya RM24 siap poster lagi.. poster dok terperap kat kereta..kalau korang nak ayie boleh bagi.. ini adalah album pertama ayie beli guna duit sendiri selepas dulu minta mak beli album waheeda..hehe..masa tu form3 kot...

Apa ada kat album ni.. ada 7 buah lagu, Oh Juwita, Mata Hati, Beri Rasa, Di Redup Matamu, Aku Atau Dia, Seadanya Aku dan Ai Mei Chuo.. feveret lagu ayie adalah beri rasa..sebab dia rancak sikit..hehe.. tapi ayie rasa tak puas sebab lagu yang membawa nubhan ke dunia artis tak ada.. lagu ada untukmu..huhu..hmm tanya kak harney lagu tu dari astro..tak pe la..janji den kotakan den nak beli album nubhan sejak 2008 tercapai sudah.. nice album..:)
bahagian belakang albun

bahagian dalam album

bahagian dalam album

siap ada sign lagi

senarai lagu album
(sory ni gamba scan xlawa)
Ayie sayang anda ♥♥♥hari ini ok la da mula lecture bagi banyak asignment.. and da rajin pegi main twitter:)

Sabtu, 23 Ogos 2008

esok nak balik dah

2 minggu dok umah best gak..
tgok olimpik
walaupon malaysia dapat satu perak..huhu
okay gak lee..

ari sabtu 16/8/2008 ak pegi umah nubhan..diorang buat kenduri..hehe
join lee dan tumpang kete kak nurul.. best ..jumpe rmi org yg slalu on9
korang klu nak tgok gamba lebih pegi terjah friendster ak yee..:)


tu je lee cite menarik sepanjang cuti nie...
yg penting ak pegi kebon dah 2 kali..

so tgu laporan yg menarik dari eden..hehe..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...