nuffnang

Memaparkan catatan dengan label chef. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label chef. Papar semua catatan

Isnin, 14 November 2011

MasterChef Malaysia Dr. Ezani: Salad Ayam Masterstock Dan Limau Bali

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Tengok resepi chef ezani seterusnya..ouh..ada yang terliur ke?



    BAHAN-BAHAN AYAM ‘POACH’ DALAM MASTERSTOCK:
  • Air
  • Kicap Manis dan Masin
  • Lemus Jus dan Kulit Lemon
  • Kulit Kayu Manis
  • Bunga Lawang
  • Buah Pelaga
  • Halia
  • Lada Besar
  • Bawang Putih
  • Bawang Besar
  • Dada Ayam
    BAHAN-BAHAN TOFFEE BADAM BEREMPAH:
  • Badam (dibakar garing)
  • Gula
  • Air
  • Kulit Kayu Manis
  • Bunga Lawang

  • BAHAN-BAHAN SALAD:
  • Buah Limau Bali (dipecah-pecahkan)
  • Bungan Kantan (dihiris halus)
  • Jus Lemon
  • Minyak
  • Garam (secukup rasa)

  • BAHAN SAYUR KAILAN UNTUK HIASAN:
  • Sayur Kailan
    CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM ‘POACH’ DALAM MASTERSTOCK:
  • Panaskan periuk bersama air dan masukkan kicap manis dan masin, jus dan kulit lemon, kulit kayu manis, bunga lawing, buah pelage, halia, lada besar bersama bawang putih dan bawang berar.
  • Rebus bahan-bahan tersebut sehingga sebati lebih kurang 15 minit dan kemudian masukkan ayam. Renehkan ayam selama 7 minit dan selepas itu padamkan api.
  • Biarkan ayam di dalam Masterstock selama 20 minit sebelum dikeluarkan.

    CARA-CARA PENYEDIAAN TOFFEE BADAM BEREMPAH:
  • Panaskan kuali dan masukkan gula dan air. Gaul sehingga menjadi karamel.
  • Masukkan serbuk kulit kayu manis dan bunga lawang ke dalam mangkuk berisi karamel.
  • Gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga sebati dan kemudian, salutkan badan dengan campuran karamel dan ketepikan.

    CARA-CARA PENYEDIAAN SALAD:
  • Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut di dalam mangkuk dan gaulkan ia sehingga sebati.

    CARA PENYEDIAAN SAYUR KALIAN:
  • Didihkan Masterstock dan kemudian masukkan sayur kailan.
  • Angkat dan ketepikan.


Ayie sayang anda ♥♥♥ episode ke 19 semalam..dia menang kali kedua..kali ini menentang selebriti master chef

Isnin, 7 November 2011

MasterChef Malaysia: Ezani Farhana Binti Md Monoto

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Masterchef menjadi rancangan hiburan pilihan keluarga Ayie sebab dalam Masterchef Malaysia kali ini ada saudara ayie terpilih untuk menjadi Master Chef Malaysia... beliau adalah Dr.Ezani atau ayie kene panggil dia Makngah Ezani..Makngah Ezani adalah sepupu mak (ibu ezani adik-beradik dengan atuk ayie).. so setiap kali rancangan masterchef kami sekeluarga tak akan terlepas menonton Masterchef Malaysia kali ini...

Biodata

Umur: 26 tahun
Asal: Kajang
Pekerjaan: Doktor Pergigian
Hidangan Kegemaran: Bermacam-macam
Lokasi Percutian: Pulau dan Pantai
Masakan Kegemaran Untuk Dimasak: Bermacam-macam
Pencuci Mulut Kegemaran: Bermacam-macam

Ayie rasa teruja nak tengok angah Ezani beraksi.. kerana dia baru sahaja habis belajar di Australia.. dia sangat peramah juga la sebab sebelum puasa dia dan keluarga datang rumah ayie dan tegur ayie..hehe..ayah dan ibu Dr.Ezani latar belakang dari pendidikan dan kedua-duanya pencen guru..kakaknya doktor perubatan juga..dan sepatutnya Dr.Ezani sudah memulakan tugas sebagai doktor gigi di sabah..

Apapon ayie ucapkan selamat berjuang kepada Dr.Ezani dan yang penting ayie nak tempah angah ezani sebagai chef perkahwinan ayie nanti..jangan jealous!!..hehe

Ayie sayang anda ♥♥♥ish tetibe pulak fikir pasal kahwin..lambat lagi yee..hehe

Rabu, 10 November 2010

Telur Mata Kerbau Bertemankan Bawang Bermandikan Kicap

Hari ini dengan solonyee ayie masak untuk makan tengah hari..haha.. walaupon masak nasi dengan payah sekali sebab beras banyak kutu beras..ek.. ayie bersih kaw kaw tau nak ilangkan kutu beras..setengah jam..huhu.. so tak tahu nak masak menu apa.. ayie masak la telur kicap..sampaikan ada orang tergoda la telur goreng ayie bermandikan kicap..haha..yang beshnyee ada orang cakap bawang yang begitu banyak adalah sayur..ekk..nampak sangat kau lapar..haha..ok ayie nak kongsi bahan2 masak ni..hehe..komen la bahan tu kalau memang xbtol..sebab main buat je..ok siap sedia tuan-tuan dan puan-puan..chef ayie nak tujuk resipi..haha..gilo

Bahan-Bahan..

Telur Ayam...(kalau ade orang nak try telur puyuh ke..telur itik ke sukati la..haha)
Bawang Besar...(Ayie beli bawang besar sebesar bola tenis..haha..jimatkan..haha)
Cili Api...(More power sekurang-kurangnyee 5 biji kot..haha..berasap la korang)
Kicap... (feveret kicap ayie adalah kicap cap kipas udang..ada ISO tu..hehe)
Sos Tiram..(ya jangan tak caya ayie letak sos tiram..baru nampak hitam..haha)
Minyak masak..(guna la alif yee..hehe)
gula..(nak rasa manis gak dalam masakan..hehe..btol ke??)
garam...(memang kene tabur banyak sikit..ayie suka yang masin..haha)

Cara-cara masak..(perlu ke nak bagitahu..lantak la korang yang nak baca..)

1)panaskan kuali
2)masukkan minyak
3)pecahkan telur dan goreng telur..jangan sampai telur kuning masak betol..janji ada cair sikit
4)angkat telor
5)masukkan bawang besar dan cili kedalam kuali yang panas
6) tunggu sehingga bawang layu ckit
7) masukkan kicap
8)masukkan sos tiram
9) tambah gula
10) tambah garam
11) tgu masak sehingga naik bau..(ceh ceh..ayie masak xde nak bau2..takut bersin..haha)
12) lepas tu tutup api
13) tuangkan kuah tersebut kedalam telur goreng
14) dah sedia dimakan dengan nasi panas

so ni la hasil dia;]


haha camno..leh jadi chef tak..haha.. jangan bagitahu kat mak ayie yee.. sebab kalau kat rumah..selalu masak nasi je.. mak selalu suruh masak lauk..tapi ayie tak nak..sebab ayie takut minyak.. opss jangan bagitahu orang lain tau..hehe ok la selamat beramal.. renung-renungkan lauk tu..heheh..


Ayie sayang anda ♥♥♥huhu memalam buta buat post blog.. kemalasan dah berlaku.."ayie baca note hr la"..ok2 saya nak try baca la ni..doakan ayie dapat jawab dengan cemerlang yee..;}

Selasa, 18 Ogos 2009

Chef Fizi







smalam fizi masak..sedap siot ..ade rase masam..lauk ayam asem..ntah bepende ntah die punye name..huhu..aku bile laa nak msk..huhu..ade resepi x?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...