nuffnang

Memaparkan catatan dengan label ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayam. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Januari 2012

Makan Ayam Bakar Tanda Tamat Semester Enam

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca 

Setelah selesai menjawab soalan terakhir exam.. kawan-kawan mengajak ber bbq.. walaupon ber bbq secara yang sangat simple sebab masing-masing dah sengkek.. berjimba tetap diteruskan..haha.. tak ramai juga la yang dapat bersama sebab masalah kewangan katanya..huhu..lokasi kejadian di Pantai Puteri Melaka..ok layan je la gambar rajah dibawah..


Yeah bersemangek membakar arang dahulu.. berjaya membakar arang kesemuanya dalam masa 1 jam.. dan kitorang kene tunggu sejam lagi barang-barang makanan ayam yang hanya dibeli sahaja di giant..


Yeah ini gegeirl sesampai je terus makan.. bagus la korang.. tak apa rezeki jangan ditolak..hehe


Ini couple sangat rajin masak..bagus la practice  make perfectkan.. tengok belakang sampai naik api kene kat daging..haha


so licin..cuba tengok ayam tu..memang tebakar ke isi atas dia..haha..tapi sangat sedap okay..


Inilah jejaka penganjur katanya.. nak buat event tapi duit takdo.. apa pon tak boleh...

So ini saja event terakhir bersama-sama geng kelas..maybe next event kenduri kahwin masing-masing.. ada yang nak kahwin bulan Mac ni.. so pasangkan perut masing-masing.. memang azam tahun ini nak datang makan kenduri kawan kahwin ..hehehe

Ayie sayang anda ♥♥♥ dah duduk rumah parent dah tak sempat nak berblog sangat..hehe

#iklan: cuba korang vote ayie-fikri.blogspot.com di socialmediaweek.com..ok cuba ikot cara-cara nak vote dibawah...

klik sini untuk sign up
http://socialmediaweek.com.my/awards/signup.php

dah siap sign up
check email untuk confirmation
lepas tu klik kat bawah ni pulak
http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=37
dan cari url www.ayie-fikri.blogspot.com
dah jumpa?
tekan VOTE
hehe


ok senang je.. kalau korang nak ayie votekan untuk korang boleh je tulis komen kat bawah.. macam win win situation bak kata omputih..hehe

Isnin, 21 November 2011

Masterchef Malaysia Dr.Ezani - Udang dan Cakar Ayam Garing Dengan Lasad Jagung

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Macam mana rasanya yee kalau kita makan kaki ayam..kat bahagian cakar tu..hehe.. tapi Dr. Ezani berjaya membuat tranformasi dimana menjadikan kaki di bahagian cakar itu amat sedap..waaa.. jom buat nak..


    BAHAN-BAHAN UDANG DAN CAKAR AYAM:
  • Halia (diparut)
  • Cili (dihiris)
  • Serai
  • Jus Lemon
  • Minyak Gula
  • Buah Pala
  • Garam

  • BAHAN-BAHAN SALAD:
  • Jagung (dibakar)
  • Bawang Kecil (dihiris)
  • Serai (dihiris)
  • Lada Merah (dihiris)
  • Halia (diparut)
  • Jus Lemon
  • Daun Ketumbar
  • Gula
  • Garam
  • Minyak
  • *campurkan semua baha-bahan di atas.
    CARA-CARA PENYEDIAAN UDANG DAN CAKAR AYAM:
  • Campurkan semua dengan udang, buah pala yang diparut kulitnya dan cakarayam.
  • Perapkan beberapa minit, goreng sehingga masak.

    CARA-CARA PENYEDIAAN MEE SUHUN GARING:
  • Celur mee suhun dengan air panas sehingga lembut, dan tapiskan.
  • Gaulkan dengan telur, goreng sehingga garing keemasan.
senyum tetap maintain :))

Ayie sayang anda ♥♥♥ Lepas ni nak cekau ayam kat reban atok..hehe

Jumaat, 18 November 2011

MasterChef Malaysia Dr. Ezani - Burger Ayam Dengan Relish Dan Gegelung Bawang

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Korang peminat burger tak? ala tahu korangkan peminat Mc.Donald.. tak sah kalau tak makan burger Mc.D kan?? hehe.. sekarang ni cuba cara Dr.Ezani buat burger..nampak macam susah..tapi belum cuba belum tahu kan... 



    BAHAN-BAHAN ‘PATTY’ AYAM:
  • Kulit Lemon (Lemon Zest) - 1 sudu kecil
  • Bawang Putih - ¼ ulas
  • Lada Merah - ¼ biji
  • Garam
  • Dada Ayam
  • Daun Pasli

  • BAHAN-BAHAN ‘ONION RINGS':
  • Bawang kuning potong gelung
  • Telur
  • Tepung
  • Garam
  • Herba Campuran Kering
  • Minyak
BAHAN-BAHAN HIASAN:



  • Bawang Kuning - 1biji
  • Lada Benggala - ½biji
  • Cili Merah - 2biji
  • Minyak
  • Jus lemon
  • Gula dan Garam




    • CARA-CARA PENYEDIAAN ‘PATTY’ AYAM:
    • Kisar kesemua bahan di dalam Mesin Pengisar (Food Processor ).Kemudian bentukkan adunan tersebut menjadi bulat leper ( seperti daging burger).
    • Salutkan adunan yang telah dibentukkan itu dengan tepung dan gorengkan di dalam kuali.
    • Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 200°c selama 5 minit.

      CARA-CARA PENYEDIAAN ‘ONION RINGS’:
    • Celup bawang dengan telur kemudian celup dengan campuran tepung, goreng sehingga keemasan.

      CARA-CARA PENYEDIAAN HIASAN:
    • Masak Bawang Kuning, Lada Bengala dan Cili Merah didalam kuali, diatas api yang perlahan sehingga lembut.
    • Tambahkan gula, garam dan jus lemon.
    aksi comel Dr.Ezani

    Ayie sayang anda ♥♥♥ hish lapar la pulak tengok Burger ni...:P

    Isnin, 14 November 2011

    MasterChef Malaysia Dr. Ezani: Salad Ayam Masterstock Dan Limau Bali

    Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

    Tengok resepi chef ezani seterusnya..ouh..ada yang terliur ke?



      BAHAN-BAHAN AYAM ‘POACH’ DALAM MASTERSTOCK:
    • Air
    • Kicap Manis dan Masin
    • Lemus Jus dan Kulit Lemon
    • Kulit Kayu Manis
    • Bunga Lawang
    • Buah Pelaga
    • Halia
    • Lada Besar
    • Bawang Putih
    • Bawang Besar
    • Dada Ayam
      BAHAN-BAHAN TOFFEE BADAM BEREMPAH:
    • Badam (dibakar garing)
    • Gula
    • Air
    • Kulit Kayu Manis
    • Bunga Lawang

    • BAHAN-BAHAN SALAD:
    • Buah Limau Bali (dipecah-pecahkan)
    • Bungan Kantan (dihiris halus)
    • Jus Lemon
    • Minyak
    • Garam (secukup rasa)

    • BAHAN SAYUR KAILAN UNTUK HIASAN:
    • Sayur Kailan
      CARA-CARA PENYEDIAAN AYAM ‘POACH’ DALAM MASTERSTOCK:
    • Panaskan periuk bersama air dan masukkan kicap manis dan masin, jus dan kulit lemon, kulit kayu manis, bunga lawing, buah pelage, halia, lada besar bersama bawang putih dan bawang berar.
    • Rebus bahan-bahan tersebut sehingga sebati lebih kurang 15 minit dan kemudian masukkan ayam. Renehkan ayam selama 7 minit dan selepas itu padamkan api.
    • Biarkan ayam di dalam Masterstock selama 20 minit sebelum dikeluarkan.

      CARA-CARA PENYEDIAAN TOFFEE BADAM BEREMPAH:
    • Panaskan kuali dan masukkan gula dan air. Gaul sehingga menjadi karamel.
    • Masukkan serbuk kulit kayu manis dan bunga lawang ke dalam mangkuk berisi karamel.
    • Gaulkan bahan-bahan tersebut sehingga sebati dan kemudian, salutkan badan dengan campuran karamel dan ketepikan.

      CARA-CARA PENYEDIAAN SALAD:
    • Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut di dalam mangkuk dan gaulkan ia sehingga sebati.

      CARA PENYEDIAAN SAYUR KALIAN:
    • Didihkan Masterstock dan kemudian masukkan sayur kailan.
    • Angkat dan ketepikan.


    Ayie sayang anda ♥♥♥ episode ke 19 semalam..dia menang kali kedua..kali ini menentang selebriti master chef

    Isnin, 3 Oktober 2011

    Ayam Panggang Bujang

    Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

    Ok hari ini entry nak jadi chef pulak..memandangkan MasterChef Malaysia nak start so semangat chef tu tiba-tiba ada.. ok ini khas untuk sesiapa lelaki bujang yee.. kalau perempuan bujang nak follow pon boleh..tapi jangan la mengutuk resepi lelaki bujang..haha

    Bahan-Bahan:

    Arang sepeket
    Tempat Pemanggang
    Penyepit
    Pemetik Api
    Pinggan

    Ayam Rempah Giant
    Sos Cili
    Mayonis

    Cara-cara memasak:

    Bakarkan arang pastikan arang terbakar sehingga menjadi putih
    Selepas itu letakkan ayam berempah di atas tempat pemanggang
    Terbalik-balikan supaya ayam rempah tidak rentung
    Dalam masa 30 minit boleh diangkat ayam panggang
    Letakkan atas pinggan
    Letak seberapa banyak sos cili dan mayonis korang suka..
    Sedia di makan :)

    Hahaha..senang tak..kata bujang..simple as usual.. ok la selamat beramal


    bergaya juga pakai spek ni..tapi jangan amalkan masa memanggang.. takut ayam yang rentung tak nampak..haha

    Ayie sayang anda ♥♥♥ kalau update seminggu sekali mesti best kan??
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...