nuffnang

Selasa, 10 September 2013

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Al-Ana'am



Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani

1. Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang, dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka

2. Dialah menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal kematian kamu dan satu ajal lagi tertentu di sisiNya iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat, dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu tentang hari pembalasan

3. Dan dialah Allah yang di sembah dan di akui kekuasaanNya dilangit dan di bumi, Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan, dan Ia juga mengetahui apa yang kamu usahakan.

4. Dan tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka yang kafir dari keterangan-keterangan Tuhan mereka, melainkan mereka selalu berpaling daripadanya enggan menerimanya

5. Sesungguhnya mereka mendustakan kebenaran Al-Quran ketika ia sampai kepada mereka. Oleh itu, akan datanglah kepada mereka berita yang membuktikan kebenaran apa yang mereka selalu ejek-ejek itu iaitu mereka akan ditimpa bala bencana

KEK KUKUS KAK NGAH



 Ayie sayang anda ♥♥♥ Isnin yang memenatkan.. Malaysia menang lawan Myanmar

Selasa, 13 Ogos 2013

Masterchef Malaysia Dr.Ezani - Manisan Labu Dan Badam Ala Gulab Jamun

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Wah tahniah angah ezani dapat masuk final.. jom buat labu resepi finalist masterchef..kalau dah siap panggil ayie yee..



    BAHAN-BAHAN DUMPLING:
  • Labu (direbus hingga masak dan dilenyek serta ditapis, ambil purinya)
  • Badam (dipanggang dan dikisar)
  • Tepung Gandum
  • Telur
  • Mentega cair
  • Air
  • Gula
  • Garam

    CARA-CARA PENYEDIAAN DUMPLING:
  • Gaulkan semua bahan hingga sebati hingga menjadi dough.
  • Bulat-bulatkan dengan sudu dan goreng dalam minyak hingga keemasan.
    BAHAN-BAHAN SIRAP DAN KRIM:
  • Gula
  • Air
  • Buah Pelaga
  • Air Mawar
  • Krim
  • Icing Segar

    CARA-CARA PENYEDIAAN SIRAP DAN KRIM:
  • Masak sehingga warna keemasan (caramelised).
  • Tambahkan sedikit air untuk cairkan caramel.
  • Letakkan buah pelaga yang dipecahkan dan masak sirap hingga kepekatan. Tambahkan sedikit air mawar.
  • Masukkan dumpling ke dalam sirap dan biarkan.
  • Untuk krim air mawar, putar krim hingga soft peak, tambahkan icing segar sedikit, titiskan sedikit air mawar


 Ayie sayang anda ♥♥♥ agaknye tak dapat tengok final..rumah sewa tak ada astro

Isnin, 12 Ogos 2013

Masterchef Malaysia - Ragout Lidah Dan Cendawan Campuran

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



    BAHAN-BAHAN RAGOUT:
  • 100gm Lidah Lembu (dibuang kulit, dipotong dadu)
  • Tepung Gandum
  • ½ cawan Cendawan Butang (dihiris)
  • ½ cawan Cendawan Shitake (dihiris)
  • ½ cawan Cendawan Shineji (dibuang akar)
  • 1 biji Bawang Kuning (dihiris panjang)
  • 3 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 1 sudu besar Daun ‘Thyme’
  • 100gm Lidah
  • Garam dan Lada Hitam
  • Tepung Gandum
    BAHAN-BAHAN PASTA DAN GREMOLATU:
  • ½ sudu kecil Kulit Lemon
  • ¼ sudu kecil Bawang Putih
  • 200gm Pasta ‘Spiral’

    CARA-CARA PENYEDIAAN RAGOUT:
  • Salutkan lidah dengan tepung, garam dan lada hitam.
  • Panaskan kuali leper dahulu, kemudian masukkan minyak dan gorengkan lidah lembu sehingga keperangan. Angkat dan letakkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.
  • Panaskan kuali leper dan masukkan minyak dan bawang kuning, bawang putih dan herba ‘thyme’.
  • Kemudian, masukkan lidah yang telah digoreng tadi dan cendawan butang, cendawan ‘shitake’ dan cendawan ‘shineji’.
  • Masukkan sedikit air supaya tidak melekat dan didihkan sebentar.
  • Campurkan 1 sudu besar tepung gandum dan sedikit air. Kemudian, masukkan kedalam kuali tadi dan masak sehingga pekat.
  • Perasakan bersama lada hitam dan garam.

    CARA-CARA PENYEDIAAN PASTA DAN GREMOLATU:
  • Masak pasta didalam air yang mendidih. Toskan pasta dan gaul dengan minyak.
  • Hidangkan pasta di atas pinggan hidangan dengan ‘regout’ dan taburkan sedikit ‘gramolata’.
  • Sedia untuk dihidangkan


 Ayie sayang anda ♥♥♥ :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...