nuffnang

Memaparkan catatan dengan label kakngah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kakngah. Papar semua catatan

Isnin, 1 Jun 2015

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah As-Sajdah

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

1. Alif, Laam , Miim

2. Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalia alam

3, Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian bahkan mereka mengatakan "Dialah Muhammad yang mengada-adakan Al-Quran  menurut rekaannya", dakwaan mereka itu tidaklah benar, bahkan Al-Quran ialah perkara yang benar dari tuhanmu wahai Muhammad, supaya engkau memberi ingatan dan amaran kepada kaummu yang telah lama tidak di datangi sebarang pemberi ingatan dan amaran sebelummu, semoga mereka beroleh hidayah petunjuk

4. Allah tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam diatas, Arasy, kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafa'at selain dariAllah oleh itu tidaklah kamu mahu insaf dan mengambil itibar untuk mencapai keredhaannya

5. Allah mentadbirkan makhluk-makhluknya bagi melaksanakantadbirnya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan dari langit kebumi, kemudian diangkat naik kepada pengetahuannya segala yang berlaku dari pelaksana tadbirnya itu untuk dihakiminya pada satu masa yang dirasai oleh orang-orang yang bersalah banyak bilangan tahunnya menurut hitungan kamu yang biasa




Ayie sayang anda ♥♥♥

Ahad, 15 Februari 2015

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Al-Furqaan

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Dengan nama Allah, yang maha pemurah lagi maha mengasihani

1. Maha berkat tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambanya iaitu Muhammad untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam

2. Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sekutu dalam pemerintahannya, dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna

3. Dan mereka yang kafir mengambil benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan yang tidak dapat mencipta sesuatupun, bahkan benda-benda itu diciptakan oleh penyembah-penyembahnyadari bahan-bahan di bumi dan benda-benda itu pula tidak berkuasa mendatangkan sesuatu bahaya atau sesuatu faedah untuk dirinya sendiri dan tidak berkuasa mematikan atau menghidupkan atau pun membangkitkan semula makhluk-makhluk yang telah mati

4. Dan orang-orang yang kafir itu berkata "Al-Quran ini hanyalah satu perkara dusta yang direaka-reka oleh Muhammad dan ia dibantu membuatnya oleh kaum yang lain" maka dengan kata-kata itu sesungguhnya mereka telah mendatangkan satu tuduhan yang zalim dan dusta

5. Dan mereka berkata lagi "Al-Quran itu adalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang untuk dihafaznya"



 Ayie sayang anda ♥♥♥ AWAK KAT MANA?





Ahad, 1 Februari 2015

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Al-Mu'minun

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman

2. Iaitu mereka yang kusyuk dalam sembahyang

3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia

4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya dengan menunaikan zakat harta itu

5.Dan mereka yang menjaga kehormatannya


 Ayie sayang anda ♥♥♥ Dah tahun 2015.. selamat membaca :)



Selasa, 10 September 2013

Pengertian 5 Ayat Al-Quran: Surah Al-Ana'am



Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani

1. Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang, dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka

2. Dialah menciptakan kamu dari tanah, kemudian Ia tentukan ajal kematian kamu dan satu ajal lagi tertentu di sisiNya iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat, dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu tentang hari pembalasan

3. Dan dialah Allah yang di sembah dan di akui kekuasaanNya dilangit dan di bumi, Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan, dan Ia juga mengetahui apa yang kamu usahakan.

4. Dan tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka yang kafir dari keterangan-keterangan Tuhan mereka, melainkan mereka selalu berpaling daripadanya enggan menerimanya

5. Sesungguhnya mereka mendustakan kebenaran Al-Quran ketika ia sampai kepada mereka. Oleh itu, akan datanglah kepada mereka berita yang membuktikan kebenaran apa yang mereka selalu ejek-ejek itu iaitu mereka akan ditimpa bala bencana

KEK KUKUS KAK NGAH



 Ayie sayang anda ♥♥♥ Isnin yang memenatkan.. Malaysia menang lawan Myanmar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...