nuffnang

Memaparkan catatan dengan label dari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dari. Papar semua catatan

Khamis, 25 Ogos 2011

Hadiah Dari Giveaway Hairie Cerulean

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Pada 24 Ogos yang damai (cewah damai la sangat).. sedang ayie membelek surat khabar Metro (baca bersungguh-sungguh bila bahagian sukan) abah ayie memanggil nama ayie dengan nama penuh.."Mohd Fikri, Mohd Fikri".. dalam hati ayie ingat abah saja panggil macam itu supaya dapat buka pintu depan.. yela pintu depankan berkunci.. tapi bila toleh.."nah surat siapa bagi ini".. ayie tengok eh kad raya lagi ke..(macam banyak lak kad raya ayie dapat yee..hehe).. sekali sampul tu macam ada barang yang comel je.. buka sampul.. yeee ini lah hadiah orang jauh dah dapat..hehe.. yup key-chain dari blogger bagi ayie blog entry dia sangat cantik..hehe.. jom telek sikit gambar bawah ini.. rajin woo blogger ini bagi kat ayie.. tq :)



haa.. apa dah tahukan siapa yang ayie maksudkan.. beliau adalah mohdkhairi.com hadiah sempena Giveaway 23tahunnya... ok itu sahaja ayie nak kongsi..thanks encik khairi...


entry WW#11 sebelum ini jawapannya adalah

kuih kelopong/buah melaka..

sekian..ramai yang jawab kuih arab/makmor.. ayoo raya lagi 5 hari lagi..hehe :P

Pengertian Surah Al-A'shr

1. Demi Masa
2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (menasihat-nasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran

Ayie sayang anda ♥♥♥ next entry ayie nak tunjuk kartun ayie..hehe.. ada seorang blogger yang kreatif buat kartun ayie.. tunggu..hehe.. wassalam

Jumaat, 17 Jun 2011

Dari Rumah Pangsapuri ke Banglow

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Pada hari Selasa yang lepas ayie menerima satu sms dari housemate ayie..

kawan:woii.. datang rumah sekarang.. nak kemas rumah

ayie: alaa ada kelas la..

kawan: cepat la bilik kau bersepah dengan sampah..

ayie: ala malam kang ayie sampai..

kawan: banyak la malam kau..owner rumah nak datang pukul 3 petang..

ayie #tengok jam dah pukul 1.30 ptg.. omg.. jom bersiap
dengan baju kemeja siap-siap sebab lepas ini kene buat presentation kelas.. solat zohor kejap.. ambik kunci bawa beg turun.. terus ke kereta.. dan menuju ke rumah sewa...huhu

park kat luar rumah dan naik atas.. tengok diorang berjaya mengumpul sampah dalam 5 guni sampah..haha terbaik.. hmm tengok bilik..ala sampah bilik ayie tak ada la banyak..hehe..


ok korang dapat agak kan suasana pemindahan rumah.. kelam kabut sikit.. dengan pukul 2.30 ada kelas nak buat presentation.. boleh pula diorang ajak kemas..tapi tak apa la.. ini baru dinamakan tolong menolong.. huhu.. untuk pengetahuan semua sem depan adalah sem terakhir so kami berenam akan berpindah dan tidak akan duduk lagi dirumah yang kononnyee macam hotel..banyak pengalaman yang ayie dapat dirumah ini.. yang paling diingati dan disakiti adalah motorsikal yang baru beli dalam 7 bulan hilang semasa tinggal dirumah ini.. dan satu lagi adalah dimana ayie kene denggi kat sini.. adoi demam yang rasa nak mampus je bila denggi ni..huhu..

dah 4 semester dok sini.. semester 1 dok kolej..walaupon ada kolam renang.. ayie rajin mandi kat kolam masa 4 bulan pertama dok situ.. lepas itu malas pula nak mandi.. sebab kolam itu asyik tutup je.. dan tempat beriadah yang simple boleh jogging kat situ dan main pingpong.. main pingpong pon dekat-dekat last semester sebab kononnyee training nak masuk wakil fakulti..haha.. dan kawasan rumah ayie selalu jadi pilihan kalau kitorang nak buat video bahasa ketiga iaitu france sebab kawasan rumah ini cantik so save budget nak cari view...

tapi disebabkan harga sewa yang agak mahal serta 4 bulan cuti yang panjang..kami memilih untuk berpindah dan semester baru akan cari rumah yang lain pula.. goodbye Pangsapuri Kenanga Seksyen III.... kami takkan lupa kenangan disana terutama oleh pak guard rumah kami iaitu pakcik BB(haha tak tahu nama betul pak guard ni).. ayie harap sewa rumah tahun depan adalah banglow.. banglow??? kau mampu..haha.. tak ada la nak cari rumah teres yang selesa untuk 6 orang sahaja..hehe

Ayie sayang anda ♥♥♥ lupa pula esok ada majlis akad nikah sepupu.. nak pergi sungai udang Melaka.. Siapa orang sana.. jumpa kat sana yee nanti :)

Jumaat, 27 Mei 2011

Snap-Snap Masa Berehat Jogging Dari Kolej Tun Mamat Ke Bangunan Merah, Melaka

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Terdetik hati nak jogging dari kolej tun mamat ke bangunan merah melaka.. so petang itu dengan perasaan jogging sambil terasa diri foreigner ayie gagah melangkah ke bangunan itu.. banyak jambatan ayie jumpa..tapi bukan menyeberang jambatan just lalu bawah jambatan..eh sama ke???.. lantak la.. dalam masa 15 minit sampai juga ke destinasi yang dituju.. tengok orang ramai dengan kamera besar masing-masing.. ayie pula malu keluar kamera kecil ini.. tapi snap juga la.. dah la penat berjalan tapi tak ambil gambar pula.. so ini lah hasil dia...













sorry ayie tak ada pic diri sendiri.. yela jalan sorang2.. over sangat la nak ambil gambar guna tangan sendiri..hehe.. so lepas ni banyak lagi nak ambil gambar.. tunggu next jogging..

Ayie sayang anda ♥♥♥ hish hati tengah paneh ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...