nuffnang

Memaparkan catatan dengan label atlet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label atlet. Papar semua catatan

Khamis, 10 November 2011

Sukan Sea 2011: Malaysia vs Thailand

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Keputusan: Malaysia 2 - Thailand 1 

Gol Malaysia:
Baddrol Bakhtiar minit ke 25
Izzaq Faris Ramlan minit ke 85

Gol Thailand:
Natarid Thammarossopon minit ke 77











Ayie sayang anda ♥♥♥ bagus..teruskan perjuangan Malaysia Boleh!!!

Selasa, 8 November 2011

Sukan Sea 2011: Malaysia vs Singapore

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Keputusan: Malaysia 0 - Singapura 0











Ayie sayang anda ♥♥♥membosankan!!!

Jumaat, 8 April 2011

Juara Bowling Sukan Antara Program UiTM Bandaraya Melaka

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Akhirnya kemenangan memihak kepada kami!!!
Rabu lalu Ayie mewakili pasukan sarjana muda sains pentadbiran berjaya mencatat sejarah menang emas..hehe.. macam tak caya pon ada ni.. tapi kerana pasukan kami sangat hebat berjaya mencatat jatuhan pin yang sangat banyak..
Ayie lupa la berapa.. tapi 1st game dapat catat lima ratus lebih.. 2nd game berjaya kekal markah sebanyak lima ratus lebih.. 3rd game berjaya menambah enam ratus lebih kerana ayie berjaya mendapat momentum yang betul..hehe.. sorry lambat panas..

Mula-mula main dah rasa tension.. dengan group international business bila strike je bising.. ayie pula dah mula down.. memang tekanan melampau 1st game.. Miss Yana cakap boleh main tak.. Ayie nak teruskan juga.. yela bukan senang dapat wakil fakulti..hehe.. 2nd game dah kenal pasti apa silapnyee.. tapi team members terus dengan strike.. adoi.. ayie lak tekanan tengok team members..tapi bila ayie tengok team members strike ayie akan jerit kuat-kuat.. haha rasa macam tengok bola kat stadium..3rd game strike berterusan.. dan ayie telah mula selesa main.. yela 3rd game banyak team lawan dah senyap..haha..kitorang still lagi dengan strike..spare..bila strike je.. akan berbunyi.."ho".."ho".."ho".. 3 kali menunjukkan semangat kami masih membara.. team members hazmir cakap.. main cepat dapat rehat cepat..hehe..yela..ok gak tu.. ariff banyak bagi perangsang kat ayie supaya main seperti biasa.. janji kene..hehe.. mohd noor memang terbaik.. rileks je baling bergaya dan banyak strike.. permainan dia sangat menjadi..

dah habis main tengok team perempuan main.. ayie lak bersorak bagi perangsang kat diorang..hehe.. menjadi kot.. last-last minit banyak pulak diorang strike.. hebat betul diorang main..memang pasukan BASS hebat la..hehe..lepas tu tunggu keputusan.. team ayie cakap kita ada peluang nak menang.. jangan risau.. ok.. ayie dah seram sejuk dah nak tunggu keputusan..

bila pengumuman dah start kitorang la paling happy.. dan keputusan bagi team siswi kitorang berjaya mendapat 3rd place... wow tahniah.. bukan senang nak dapat 3rd place dengan ada pasukan Karisma dalam pasukan lain.. ok sekarang tunggu pengumuman untuk pasukan siswa pulak.. bila umum 4th place.. tak ada nama team kitorang.. 3rd place pon takde lagi.. hai memang nak tunggu lama lagi ke.. 2nd place je umum ok kitorang dah nampak dah peluang sangat besar untuk team kitorang menang..hehe.. bila umum 1st place
"Johan boling siswa sukan antara program ialah pasukan BASS"
yeaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..
wow sangat gumbira bila dapat menjadi team terbaik pada malam itu.. team members yang sangat hebat.. kawan yang beri semangat yang setia.. terutama ketua koordinator Miss Khairiyah.. ini kemenangan untuk semua..:)


disaat disarungkan pingat.. dari kiri ariff, mohd noor, hazmir..dan owner blog ni.. Ayie..hehe

muka dengam penuh kegembiraan kerana pasukan BASS berjaya dapat 1 emas 1 gangsa dalam bowling di Mahkota Parade..hehe.. senyum lebau satu ari ni..hehe.. hadiah sampingan adalah payung kuning..payung diraja ni..hehe..

ni la ayie nak share pingat yang ayie dapat.. berat gak ni.. hehe.. agaknyee ni la pingat yang terakhir ayie dapat sepanjang dalam UiTM.. yela sem depan nak habis belajar dah..hehe.. semoga pasukan BASS terus cemerlang dalam sukan..aminn..

Ayie sayang anda ♥♥♥ minggu ni nak setel video france, nak baca buku untuk economy malaysia untuk test hari isnin

Ahad, 13 Mac 2011

Perlawanan Persahabatan Bersama Atlet OKU Melaka di MIBC, Ayer Keroh

Selamat Hari-Hari Kepada Semua Pembaca



Hujung minggu ni pergi mana?? Apa tidur?? good aktiviti..hehe.. yelaa kata hujung minggu masa ni la kita nak berehat panjang..haha..boleh??..Jangan baca entry ayie sambil air liur meleleh sudah..hehe.. ni dah makan ke belum ni?? jangan dok blogwalking je keje..hehe..


hari ini ayie nak cerita pasal semalam ayie join boling dengan atlet OKU.. OKU bermaksud orang kurang upaya.. diorang ni wakil Melaka..dan ada yang wakil Malaysia.. diorang ni terel main boling.. seorang atlet OKU dapat markah paling tinggi antara peserta yang join..huhu..hebatkan.. ada 3 kategori perlawanan ini..kategori weelchair, kategori standing OKU dan student iaitu perempuan dan lelaki UiTM..

Ayie tak menang apa-apa pon..kalah teruk la..1st game dah ok.. bila dah 2nd dan 3rd game..dah teruk, tak nampak strike langsung..huhu.. tapi enjoy la lawan kat MIBC ni.. tempat international ni.. dapat berkenalan dengan atlet OKU.. sebahagian atlet OKU ayie dah kenal..sebab ayie dulukan pernah jadi sukarelawan sukan Malaysia paralimpik.. dan ada seorang atlet ni boleh kenal lak ayie..haha.. ayie sebenarnyee nak nyuruk.. tetibe hulur tangan..alamak kantoi..hehe



ok inilah peserta yang join main boling semalam.. lecture ayie pon orang OKU gak.. yang belah depan nombor dua belah kiri..dia ni ajar subjek komputer.. garang juga la dia ngajar.. suka menakutkan student dengan final exam..hehe.. tapi dia ok la..baik hati..

ok tu je ayie nak kongsi.. ayie harap kejohanan ni dapat diteruskan lagi..dan lebih banyak lagi program untuk bersama dengan orang OKU..:)

Ayie sayang anda ♥♥♥baru tengok cerita merong mahawangsa.. banyak part yang ayie tak puas hati..tapi supportkan filem Malaysia:)

Jumaat, 31 Disember 2010

Malaysia Wins AFF Suzuki Cup 2010

Dengan bangganyee Malaysia menutup tirai 2010 dengan kejayaan gemilang skuad bolasepak Malaysia dengan memenangi Piala Suzuki 2010,,tahniah Malaysia.. Malaysia Boleh.. Pada perlawanan final kedua walaupun Indonesia menang 2-1 tetapi tidak dapat mengatasi argegat Malaysia 4-2..yang penting Malaysia mendapat gol pertama..bila gol pertama itu Indonesia sudah nampak lemah.. Pemain termuda dalam senarai bolasepak AFF Suzuki Malaysia ialah Mohd Fadhli Mohd Shas yang lahir 21 Januari 1991 dan pemain paling senior ialah Mohd Amri Yahya pada 21 Januari 1981..Khairul Fahmi bertindak cemerlang dengan berjaya mennagkap bola ketika penalti.. Ayie nak bagi pemain terbaik final kepada khairul fahmi..

skuad bola sepak Malaysia memakai jersi warna biru

Piala Suzuki Cup megah di stadium GBK

Mohd Safee Mohd Sali dikawal ketat

Mohd Muslim Ahmad membantu Khairul Fahmi Che Mat menangkap bola

Khairul Fahmi Che Mat berjaya menangkap bola dari pasukan lawan

Mohd Muslim Ahmad mengawal ketat pihak lawan

Mohd Fahdli Mohd Shas cuba merebut Bola dari pasukan lawan

Khairul Fahmi Che Mat berjaya menangkap bola

Gaya Khairul Fahmi Che Mat membiar bola keluar

S.Kunalan diasak pihak lawan

Mohd Fadhli Mohd Shas menghalang pihak lawan dari merebut bola

Pemain pertahanan Malaysia berusaha mengelak gol lawan

Khairul Fahmi Che Mat menghalang pihak lwan mendapat bola

Mohd Muslim Ahmad sekali lagi menghalang pihak lawan

Gol pertama Malaysia dijaringkan oleh Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-54

Gol pertama Indonesia dijaringkan oleh Mohammad Nasuha pada minit ke-72

Gol kedua Indonesia dijaringkan oleh Mohammad Ridwan pada minit ke-88

Mohd Safee Mohd Sali berjaya mendapat gelarann penjaring terbanyak sebanyak 5 gol

Malaysia menjulang trofi AFF Suzuki
Malaysia menjulang trofi AFF Suzuki
Malaysia menjulang trofi AFF Suzuki
Malaysia menjulang trofi AFF Suzuki
Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010 setelah kali kedua layak ke final dan kali pertama mencapai juara

Kejayaan Malaysia menjuarai dapat membawa hadiah wang sebanyak US$100000.00
Tahniah Malaysia!!!!!!!!!!
Malaysia Boleh
Harimau Malaya


Ayie sayang anda ♥♥♥ Yeah hari Jumaat persamaan hari 31/12/2010 Malaysia cuti.. tapi ayie sama je sebab masih cuti semester
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...