nuffnang

Sabtu, 15 Oktober 2011

Angin Satu Badan

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Dah berapa hari tak update blog.. hal ini disebabkan ayie tak berapa sihat.. sebab angin masuk dalam badan menyebabkan sakit perut dan muntah..huhu.. telefon emak kalau ada cadangan nak hilangkan loya dan cirit-birit..mak suruh pergi klinik..klinik???..adoi.. ayie ini malas nak makan ubat.. dah lah ubat dia besar-besar..sebab jatuh sakit kerana ayie tak makan tengah hari..hanya makan maggie je.. petang tu rasa macam kenyang je walaupon tak makan tengahhari sangat..makan pulak teh o ais dengan burger melawan la perut ini.. esok tak datang kelas.. pening masih ada lagi..dah la lusa itu ada presentation.. memang blur dan sakit kepala masa presentation..kesian member group :( .. sekarang kembali sihat insyaallah..

Moral Of The Story:

Jangan nak skip makan hanya dengan RM4 kalau taknak bayar ubat dengan RM30..
beza kot!!!



gambar masa kat putrajaya..vest hizami li ayie pakai..hehe.. ehh gambar ini boleh masuk contest daniel adie tak??..huhu


Ayie sayang anda ♥♥♥ eh ada junior baru baca blog ayie..haha..tiba-tiba segan dan malu..siap mention "selamat hari-hari"..haha lain kali tegur mention ayat itu yee..hehe

Selasa, 11 Oktober 2011

Mandi-Manda di Air Terjun Gunung Ledang

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Pada hari ahad yang lepas 9.10.11.. Amir Rayyan dan sahabat kerja beliau mengajak Ayie berkelah di Air Terjun Gunung Ledang.. Pergh sangat teruja ayie nak join..sebab dah lama ayie nak pergi air terjun gunung ledang.. boleh jumpa nenek kebayan!!!..hehe.. kawan Amir Rayyan yang ayie kenal MR. Achaha, aisyah, kak ely, kak dayah, puan min serta khaira.. diorang sangat friendly..rasa macam 10 tahun kenal..hehe.. jom usha gambar yeee...:)




Air terjun gunung ledang ialah air terjun tumpuan seluruh negara.. so ramai juga pelancong asing datang ke air terjun ini.. nak pergi sana pon senang..keluar dari tol ayer keroh exit kat tol tangkak dalam rm3.40 dan belok kanan dalam 10 kilometer sampai la ke air terjun gunung ledang

Ayie nak berterima kasih amir rayyan dan sahabat beliau yang mengajak ayie.. best sesangat.. lepas mandi pergi makan mee bandung dekat MUAR..terbaik wok!!!
Ayie sayang anda ♥♥♥ dah seharian tidak sihat..huhu

Sabtu, 8 Oktober 2011

4 Jejaka Blogger Melaka Bersedia Membuka Hijab

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

6 oktober lepas (eh sama tarikh keluar baru perasan..haha) ayie and the geng of jejaka blogger melaka tengok wayang cerita hijab.. cerita yang mengisahkan seorang lelaki yang poyo nak tengok hantu melalui matanya dan syaratnya buka hijab kat mata..bagi ayie cerita ini macam sama je jenis seram macam cerita Jangan Pandang Belakang..maybe pelakon utamanya sama kot..hehe.. agak best dipenghujung ceritanya..eh setengah jam nak habis baru ada unsur seram.

nak berterima kasih kat abang azizi atas segala perkara yang berlaku pada hari tersebut..hehe.. ayie tak nak komen apa-apa entry pasal fiq fikri ngan daniel adie..tapi yang pasti kedua-duanya jerit paling kuat..haha..tapi ayie sebenarnya tunggu juga kalau ada sesiapa histeria dalam wayang tu..haha ..tapi tak ada pula mungkin next wayang seram kot..hehe

kami dari jejaka blogger melaka.. ayie yang paling muda :P

Ayie sayang anda ♥♥♥bagi 3.7 bintang daripada 5 bintang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...