nuffnang

Khamis, 26 Ogos 2010

Ilmu Ramadhan 2010: Perkara Harus dan Makruh Puasa


Perkara yang harus ketika berpuasa:

1. Menjirus kepala:

Ini kerana terdapat hadith yang mengharuskan orang yang berpuasa berbuat demikian. Antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abdul Rahman di mana sesetengah sahabat Nabi s.a.w. menceritakan kepadanya bahawa mereka berkata:

“Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah s.a.w. menjirus air ke atas kepalanya dan baginda
berpuasa, (demikian itu) kerana dahaga atau kerana kepanasan.” (Riwayat Ahmad, Malik dan Abu Daud)

2. Menitikkan sesuatu ke dalam mata sama ada rasanya boleh dirasai di halkum atau tidak.

Ini kerana mata bukanlah lubang rongga yang berhubung dengan halkum. Pendapat inilah yang
dipegang di dalam Mazhab Syafie dan Ibn Munzir menghikayatkan pendapat yang sama dari Abu Hanifah, Ata’, Hassan, Al-Nakhaie serta Al-Auzai’e. Inilah juga pendapat Daud Al-Zaahiri.

3. Makan, minum dan berjimak di malam hari sehingga terbit fajar.

Harus juga kepada orang yang berpuasa mengakhirkan mandi junub sehingga selepas terbit fajar. Begitu juga kepada wanita yang datang haid dan nifas, adalah harus melewatkan mandi wajib sehingga selepas terbit fajar walaupun darahnya berhenti pada malam hari.

4. Merasai makanan tanpa menelannya.

Ulama-ulama Mazhab Syafie berpendapat bahawa sekiranya seseorang berhajat untuk merasai makanan seperti untuk diberikan kepada anaknya yang kecil, maka harus dilakukan kerana dharuriah. Kata Imam Ahmad bin Hanbal: “Aku lebih suka jika dapat dihindari dari merasai makanan, tetapi sekiranya dilakukan maka tidaklah mengapa.

Perkara yang makruh ketika berpuasa:

1. Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudu’ secara berlebih-lebihan.

Imam Syafie dan sahabat-sahabat dalam Mazhab telah sepakat bahawa disunatkan kepada orang yang berpuasa berkumur-kumur dan membasuh hidung ketika berwudu’ tetapi
makruh berlebih-lebihan. Pendapat yang paling sahih dalam Mazhab Syafie ialah sekiranya berlebih-lebihan ketika melakukannya hingga menyebabkan air masuk ke dalam rongga maka batal puasa berdasarkan hadith:

“Apabila engkau membasuh hidung (ketika berwudu’) maka buatlah bersungguh-sungguh kecuali ketika engkau berpuasa.”

2. Menyambung puasa seperti tidak berbuka selama dua hari berturut-turut.

Hukumnya adalah makruh menurut Jumhur Ulama’. Manakala pendapat paling sahih dalam Mazhab Syafie pula ialah hukumnya haram.

3. Bagi suami isteri yang berada pada peringkat usia muda, adalah makruh mencium isteri kerana ditakuti akan merangsang naluri dan membawa kepada perkara yang membatalkan puasa.

4. Makruh bersiwak (berus gigi) selepas gelincir matahari menurut Imam Syafie dan Ahmad

Ilmu Ramadhan 2010: Adab-adab dan sunat puasa


Adab-adab dan sunat puasa
1. Bersahur dan mengakhirkan sahur

Bersahur merupakan amalan sunat berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Anas r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

“Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur. Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau
berkata:

“Kami telah bersahur bersama Rasulullah s.a.w., kemudian kami bangkit untuk solat (subuh). Dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar (bacaan) lima puluh ayat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Seseorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan
minum seteguk air. Sabda Nabi s.a.w.:
“Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air.” (Riwayat Ahmad)
2. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Kekallah umatku dengan kebaikan selagimana mereka mempercepatkan berbuka puasa.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka.

3. Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan.
4. Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa.
Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah sama ada berupa iktikad, perbuatan atau pertuturan.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan mengamalkannya maka Allah tidak berhajat pada apa yang ia tinggalkan dari makanan dan minumannya.” (Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w. juga memerintahkan kepada orang yang berpuasa sekiranya berhadapan dengan celaan atau permusuhan maka hendaklah ia sabar dan berkata: “Aku berpuasa.”

5. Tadarus Al-Quran. Jibrail a.s. bertadarus Al-Quran dengan Rasulullah s.a.w. pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan.

Selasa, 24 Ogos 2010

Ilmu Ramadhan 2010: Rukun Puasa dan Kadar Denda


Rukun puasa ada tiga iaitu:

1. Orang yang berpuasa:

Seseorang yang berpuasa itu hendaklah seorang muslim, baligh,
berakal, berkeupayaan dan bersih dari haid dan nifas.


• Tidak sah puasa orang yang kafir kerana puasa
adalah ibadah dan orang kafir bukan ahli

ibadah.

• Puasa tidak wajib ke atas kanak-kanak yang
belum baligh tetapi hendaklah dididik dan

dibiasakan semenjak kecil,

• Orang yang tidak mampu untuk berpuasa
di mana jikaia berpuasa boleh mengakibatkan

mudharat seperti orang yang terlalu tua atau sakit
yang tiada harapan untuk sembuh, maka

tidak wajib berpuasa. Akan tetapi wajib diganti
dengan secupak makanan bagi setiap sehari

puasa yang ditinggalkan.

• Bagi perempuan yang datang haid atau nifas
maka tidak sah puasa mereka pada hari

datangnya haid dan nifas. Sekiranya haid dan
nifas datang pada siang hari, maka batallah

puasanya pada hari itu. Sekiranya ia bersih
dari haid pada malam hari, wajib ke atasnya

puasa keesokan harinya sekalipun belum
sempat mandi wajib. Mereka hendaklah

mengganti puasa tersebut mengikut bilangan
hari-hari yang mereka tinggalkan selepas

bulan Ramadhan.

• Harus berbuka bagi orang yang bermusafir
jauh sekiranya ia takut ditimpa mudharat.

Sekiranya musafirnya tidak mendatangkan mudharat
maka lebih afdhal ia berpuasa. Dia

wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan
selepas bulan Ramadhan.


• Harus berbuka bagi orang yang sakit,
mengandung dan menyusukan anak sekiranya ia

bimbang puasa boleh mendatangkan mudharat
ke atas dirinya atau anaknya. Dan dia wajib

menggantikannya semula selepas bulan
Ramadhan. Bagi sakit yang biasa maka tidak boleh

meninggalkan puasa.

2. Niat:

• Puasa Ramadhan tidak sah tanpa niat. Niat itu
di dalam hati dan bukan dengan lisan di mana
tidak disyaratkan ‘Talaffuz’ (menyebut niat dengan lisan).


• Ketika berniat, wajib menentukan jenis
puasa seperti Ramadhan bagi puasa bulan

Ramadhan.

• Bagi puasa-puasa yang wajib, niat disyaratkan
hendaklah dibuat pada malam hari, iaitu selepas
terbenam matahari hingga sebelum
subuh. Pendapat yang sahih dalam mazhab

Syafie ialah tidak sah niat yang serentak
dengan ketibaan waktu fajar.9 Bagi puasa sunat

pula, dibolehkan berniat pada siang hari
selagi belum tergelincir matahari (masuk waktu

zohor).

• Niat hendaklah diakukan pada setiap malam
untuk setiap hari puasa yang dilakukan. Ini

berdasarkan pendapat Imam Syafie, Abu Hanifah
dan riwayat paling sahih dari Imam

Ahmad.10 Mengikut pendapat Imam Malik
dan riwayat dari Imam Ahmad pula, cukup

sekali niat sahaja untuk satu bulan Ramadhan
dan hendaklah niat itu dilakukan pada

malam pertama Ramadhan.

3. Meninggalkan dari melakukan
perkara-perkara yang
boleh membatalkan puasa iaitu:


(i) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan
sengaja dan tidak ada beza sama ada yang

boleh dimakan atau tidak, termasuklah merokok.

• Ijma’ ulama mengatakan terbatal puasa dengan makan dan minum.

• Suntikan melalui kemaluan atau dubur adalah
membatalkan puasa. Manakala suntikan

melalui kulit pula ulama’ dalam Mazhab Syafie
berselisih pendapat. Menurut pendapat

Dr. Yusuf al- Qaradhawi, ia tidak membatalkan puasa.

• Perkara-perkara yang tidak dapat
dihindarkan seperti habuk jalan dan air liur adalah

tidak membatalkan puasa. Puasa terbatal
dengan menelan kahak yang keluar dari

kepala atau dada dengan sengaja.

• Batal puasa dengan memasukkan jari
atau sebagainya ke dalam dubur atau faraj.


• Puasa adalah terbatal dengan memasukkan
sesuatu ke dalam telinga dengan sengaja.


• Kesemua perkara tadi jika dilakukan dengan
tidak sengaja, tersilap atau terlupa maka

ia tidak membatalkan puasa.

(ii) Muntah dengan sengaja (seperti kerana
memasukkan jari ke dalam mulut) adalah

membatalkan puasa dan wajib diganti.
Bagi muntah yang tidak sengaja atau menjadi

kebiasaannya muntah maka itu tidak
membatalkan puasa.

Rasulullah s.a.w. bersabda:


“Sesiapa yang biasa muntah dan dia berpuasa maka tidak wajib ke atasnya qadha’ puasa. Dan sesiapa yang sengaja muntah, maka hendaklah mengqadhakannya.” (Riwayat Ashabul Sunan)

(iii) Keluar darah haid dan Nifas walaupun di
penghujung waktu puasa adalah dikira

membatalkan puasa dan wajib diganti.

(iv) Keluar air mani dengan sengaja sama ada
kerana bercumbuan atau memeluk isteri, atau

dengan tangan maka ianya membatalkan
puasa dan wajib diganti.


• Sekiranya air mani itu keluar kerana
mimpi atau berangan-angan maka tidaklah

membatalkan puasa.

• Keluar air Mazi tidak membatalkan puasa.

(v) Jimak (bersetubuh):

• haram berjimak bagi orang yang
berpuasa pada siang harinya dan ia membatalkan

puasa tidak kira sama ada ia
dilakukan di faraj atau
dubur, keluar air mani ataupun

tidak. Liwat yang dilakukan pada lelaki,
kanak-kanak atau binatang juga adalah

membatalkan puasa.

• Suami dan isteri yang melakukan
jimak maka wajib ke atas kedua-duanya

mengqadha’kan semula
puasa mereka yang terbatal.


Kaffarah (denda) hanya wajib
ke atas lelaki (suami) dan tidak wajib ke atas

perempuan.

Kadar Kaffarah ialah membebaskan
seorang hamba. Bagi yang tidak ada hamba maka

hendaklah berpuasa selama dua bulan
berturut-turut. Sekiranya tidak mampu,

dikehendaki memberi makan 60 orang fakir miskin.

• Sesiapa yang menjimak isteri sebanyak
2 hari berpuasa atau lebih, maka kaffarahnya

juga ialah 2 kali kaffarah atau lebih.

(vi) Murtad:

Ulama’ bersepakat bahawa sesiapa yang
murtad maka batallah puasanya dan
wajib qadha’ hari yang ia murtad,
sekiranya ia kembali memeluk Islam.


(vii) Gila atau pengsan, sekiranya berlaku
sepanjang hari dan dia
tidak sedar walaupun satu

saat maka batal puasanya.



(viii) Menukar niat:


Sesiapa yang berniat buruk untuk berbuka
puasa maka batal puasanya. Pendapat ini

dipegang oleh Imam Syafie, Abu Thaur,
Abu Hanifah dan pendapat yang paling jelas dalam

Mazhab Hanbali
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...