nuffnang

Isnin, 23 Ogos 2010

Ilmu Ramadhan 2010: Hukum Puasa


Hukum mengerjakan puasa:

Hukumnya ialah Fardhu Ain dan kefardhuan ini dithabitkan dengan Al-Quran, Al-Sunnah dan
Ijma’ Ulama: Al-Quran: Firman Allah S.W.T.:-

“Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (Surah al-Baqarah: 183)

“Didirikan Islam atas lima perkara - antaranya puasa Ramadhan.” (Riwayat al-Bukhari)

Ijma’: Puasa merupakan perkara dharuriah dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah dipenjarakan dan ditegah dari makan agar terhasil gambaran puasa pada
dirinya.

Amaran kepada orang yang meninggalkan berpuasa:

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

“Sesiapa yang berbuka puasa Ramadhan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh Allah, tidak dapat diqadha’kan dengan puasa setahun, walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu.” (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan at-Tirmizi)

Test... tast..tust...tist...


Minggu ni banyak test..huhu..
Rasa malas nak baca buku lee..huhu..
macam mana nak datang mood belajar..huhu.. bila tak ada mood mula la nak luah perasaan kat blog ni..ado den kesah..huhu

ada 3 test..mana satu nak dahulukan dulu..hmm

Ahad, 22 Ogos 2010

Ilmu Ramadhan 2010: Tahap puasa

Terdapat 3 tahap puasa

1. Puasa al-umum
menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat

2. Puasa al-khusus
menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari
melakukan dosa

3. Puasa khusus al-khusus

menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara
total

Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk dalam bekalan akhirat dan bukan urusan dunia

Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata: sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir dari sikap kurang percaya kepada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan. Tahap puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al- Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.”

Menurut Imam al-Ghazali juga bagi mencapai tahap puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh maka perlu menyempurnakan 6 perkara iaitu:

1. Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat serta dari segala perkara yang boleh menggangu dan melalaikan hati dari mengingati Allah S.W.T.

2. Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran

3. Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan maka haram juga didengar. Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya:

“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).” (Surah al-Maidah: 42)


4. Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari perkara yang dilarang dan menahan perut dari perkara-perkara syubhat ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahannya dari makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.

5. Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan tersebut. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah dari perut yang penuh dengan makanan halal. Bagaimana mungkin seseorang itu mampu mematahkan keingginan syahwatnya dan mengalahkan musuhnya sedangkan ketika berbuka ia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika ia berpuasa pada siang harinya. Hingga sesetengah mereka memakan makanan yang tidak biasa dimakannya ketika hari tidak diwajibkan berpuasa.

6. Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima oleh Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya, ataupun puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yang celaka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...