nuffnang

Rabu, 28 Mac 2012

Rabu, 21 Mac 2012

Wordless Wednesday 40~~Rabu Kedu

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

video
"Good Morning!!"

 Ayie sayang anda ♥♥♥ww#40

Selasa, 20 Mac 2012

Tahniah Pelajar SK Mendum Lenggeng

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Entry kali ini ayie nak ucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar SK Mendum yang berjaya menjawab kertas soalan ujian 1.. ada yang markah rendah.. ada juga markah tinggi.. tahniah kepada SK Mendum tahun 5 yang mendapat markah paling tinggi 61% untuk subjek Bahasa Inggeris dan paling cemerlang untuk tahun 4 yang berjaya mencapai markah paling tinggi 74% juga subjek Bahasa Inggeris..lagi 6% nak mencapai A.. tak apa..ini baru ujian 1.. korang kene berusaha sehingga  peperiksaan UPSR terutama tahun 5 yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada tahun 2013.. dan ayie nak nasihatkan buang alasan bahawa korang anak kampung tak boleh berjaya.. selagi usaha lebih insyaallah Allah membantu dengan mencapai A dalam usaha tersebut.. jangan ada lagi mentaliti yang macam ini..bak kata dafi...TAK BAIK PUNYAA!!!..

 Ayie sayang anda ♥♥♥ nanti sir FIKRI bagi hadiah yee :)

Isnin, 19 Mac 2012

Nur Nadirah Dan Pasangan Selamat Diijab Kabulkan

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Akhirnya kawan ayang ayie anggap macam motivator dan bff telah selamat bernikah dengan pasangan hati.. Nadirah ini telah tamat zaman solonya pada usia 24 tahun..katanya 24 tahun itu terlalu tua..yee dia sangat takut dengan jodohnya walaupun rakan-rakan yang sebaya dengan dia rileks je..hehe.. Nadirah sekarang berkerja di celcom KLIA..kalau korang pergi KLIA dan nampak dia sedang bertugas di celcom kirim salam kat dia yee..hehe.. suami beliau pon bertugas di KLIA..kakitangan MAS kot.. so ini cinta customer la ni agaknya..
Hmm nampaknya seorang demi seorang rakan yang nak lepak di kala ayie tengah free telah hilang zaman remajanya.. wah remaja tu untuk yang single je ok..siapa yang bertukar status..anda pon bertukar dari remaja ke dewasa seterusnya ke warga emas..huhu..

Ayie ucapkan Selamat Pengantin Baru semoga kekal hingga ke akhir hayat..dan cepat-cepat la nak dapat anak..amin..

untuk korang yang ayie tahu kalau buat post kahwin je mesti tanya soalan.."ayie bila lagi" ok ayie akan umumkan siapa pengarang jantung ayie selepas ayie berjaya membeli banglow sebuah..:))

 Ayie sayang anda ♥♥♥kepada Nadirah jangan lupa beli ayie Peti Ais 3 Pintu masa wedding ayie pula :P

Ahad, 18 Mac 2012

Terminate Broadband Celcom

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Rabu lepas ayie dah tamatkan perkhidmatan broadband celcom ayie.. akhirnya tamat sudah ko broadband..hehe.. ayie guna broadband pon time belajar sebab bila pindah rumah sewa baru tak sambung streamyx.. broadband celcom guna kat rumah sewa ayie line tak kuat langsung..memang susah nak update blog bila line lembap..

masa nak cari celcom center dekat seremban..susah betul nak mencari..suggest saya celcom center seremban  sila pindah dengan segera sebab tempat anda sangat susah nak cari..haha..tapi perkhidmatan nak bayar tak la lama sangat menunggu..dan ayie rasa macam dekat celcom fair pula..sebab pekerja celcom sangat sibuk melayan customer sampai merayau-rayau..macam serabut je.. cashier suruh bayar separuh dulu walaupon bil dah sampai RM200 lebih.. apa pun terima kasih service celcom sepanjang 4 bulan ayie gunakan..pakai unifi berbaloi walaupon bayar mahal..betol tak?

 Ayie sayang anda ♥♥♥ eh esok sekolah..get ready to marah marah student dengan markah yang sangat rendah..englishkan..semuanya nak rendah :P

Sabtu, 17 Mac 2012

Happy Birthday Ayie!

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Happy Birthday kepada penulis ayie-fikri.. yang jatuh pada tarikh 15 Mac..im the pieces boy..waa tak sangka dah besar ayie ni..walaupun selalu fikir diri ini masih 18 tahun.. Terima kasih kepada emak dan keluarga yang meraikan hari jadi ayie.. mak sediakan kek carrot...sedap tau.. dan juga bee hoon kari.. sempurna hari jadinya.. ayie memang suka mee kari..

 ok yang tulis nama kat atas kek ini ayie yang tulis..haha..comot..lantak la janji ada..hehe

 ini adalah my lovely mother..Hajah Normah Baharuddin.. memang dia bertungkus lmus nak siapkan semua..sayang emak ♥♥♥


ok tuan punya blog nak gak bergambar walaupun macam kena paksa ambik.. mak yang suruh berdiri sambil pegang kek..hasilnya senyum tak ikhlas..(eh boleh masuk kontest ni..hehe)

 Ayie sayang anda ♥♥♥ Nak ucap terima kasih yang wish birthday di facebook, twitter dan juga sms.. bertambah sayang ayie kat korang :)

Jumaat, 16 Mac 2012

Menadah Air Gunung Angsi Di Bukit Putus, Kuala Pilah

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

Macam mana cuti sekolah korang? Ayie happy je cuti sekolah ini.. sebab cikgu ganti sangat releks bercuti..haha..untung jadi cikgu dapat cuti sekali dengan murid..

Apa aktiviti korang cuti ini? Ayie tengah rajin pergi jogging petang petang ditemani oleh Abah atau malam malam ditemani syukri.. selain itu ayie ada aktiviti sampingan iaitu menadah air di bukit putus.. rumah ayie dekat dengan bukit putus..dalam 5 minit dah sampai kat bukit putus.. so parent memang suka menadah air di sana..free of charge je..

ok ini adalah botol besar yang khas untuk menadah air.. boleh tahan stok ini dalam 5 hari.. sebab mak kalau masak nasi je mesti guna air ni..tapi nak mandi, basuh pinggan atau basuh baju guna air paip je..

 tu dia semangek adik ayie menadah air.. sampai tergolek golek la..haha..yela excited nak ambik air..

 mak kata air ini elok..memang air ini elok..sebab ayie rasa air dari bukit ini ada perisa..kekadang ada gak rasa payau..tapi ada gak rasa manis..alhamdulillah kitorang kurang dapat demam jika minum air ini..kalau tak terutama adik itu..selalu dapat demam..

ok abaikan muka selenga ayie..haha..apa pon korang boleh cuba ambil air dari mana-mana bukit.. elok untuk kesihatan..air semulajadi lepas itu free dah takyah nak beli air dari air mineral water yang tak tahu mana punca airnya..:)

 Ayie sayang anda ♥♥♥ Thank You Allah, Alhamdulillah atas kurniaan mu :)

Rabu, 14 Mac 2012

Wordless Wednesday 39~~ Rabu Kedu

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca

"Air dari mana?"

 Ayie sayang anda ♥♥♥ww#39

Jumaat, 9 Mac 2012

Jutawan (Billionaire) Malaysia 2012

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Forbes telah mengumumkan senarai billionaire di majalahnya, yang mana Carlos Slim Helu diiktiraf sebagai billionare dunia dengan jumlah $69 Billion daripada negara Mexico dan untuk Asia adalah Li Ka-Shing dengan jumlah $25.5 Billion..

Seterusnya jom lihat senarai jutawan Malaysia..

#9

Vincent Tan
$1.2 Billion
World Ranking #1015
Umur 60 tahun
Batu Pahat, Johor
Berjaya Group

#8

Tiong Hiew King
$1.5 Billion
World Ranking #854
Umur 77 tahun
Dari Sibu, Sarawak
Rimbunan Hijau Group

#7

Yeoh Tiong Lay
$2.6 Billion
World Rangking #464
Umur 82 tahun
Kuala Lumpur
YTL Cooperations

#6

Syed Mokhtar AlBukhary
$3.3 Billion
World Rangking #344
Umur 60 tahun
Kedah
Bukhary Foundation

#5

Quek Leng Chan
$4.2 Billion
World Ranking #255
Umur 68 tahun
Singapura
Hong Leong Enterprise

#4

Teh Hong Piow
$5 Billion 
World Ranking #205
Umur 82 tahun
Singapura
Public Bank Berhad

#3

Lee Shin Cheng
$5.2 Billion
World Ranking #196
Umur 73 tahun
Jeram, Kuala Lumpur
IOI Group

#2

Ananda Krishnan
$9.9 Billion
World Ranking #93
Umur 63 tahun
Brickfields, Kuala Lumpur
Usaha Tegas Group Holdings

#1

Robert Kuok
$12.4 Billion
World Ranking #64
Umur 88 tahun
Johor Bahru, Johor
Perlis Plantations Berhad

Dengan senarai ini dapat menunjukkan aset Malaysia paling banyak ialah US$12.4 Billion..huhu..banyak itu..kalau nak tahu lebih lanjut sila singgah ke www.forbes.com

 Ayie sayang anda ♥♥♥ kalau la jutawan Malaysia ini bantu naikkan ekonomi taraf hidup Malaysia dimana sifar rakyat Malaysia yang tidak dapat kemudahan air dan elektrik pon sangat bagus..:)

Rabu, 7 Mac 2012

Isnin, 5 Mac 2012

Menang Hadiah Cabutan Bertuah Di Mesyuarat PIBG SK Mendum

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Alhamdulillah..bila mendengar pengerusi majlis menyebut nombor 008..eh nombor ayie la tu..dapat bersalam dengan pengerusi PIBG yang berkaliber.. tapi ayie tak dapat hamper..dapat hadiah yang berbungkus dengan plastik minyak sahaja.. rasa paling berat.. takkan hadiah yang cikgu-cikgu heboh dalam bilik guru ayie dapat..hehe.. tapi bersyukur juga la.. di mana satu-satunya guru ganti dekat sekolah itu dapat juga cabutan bertuah..hehe..


ok dah ready nak tahu apa yang ayie dapat


betul ke ni??


are you sure want to know??


jika ya sila scroll kebawah...


jika taknak tahu.. sila klik X di belah kanan atas window..


ok degil..


nak tahu juga


okay dengan kiraan one, two, three..


ok ready..


one 


two


three


baa baa black sheep..


eh silap..


itu entry lepas..


okay..


ini betul betul..


one


two


three..




TADAAAAA!!!



ayie dapat sebundle kek lapis appolo, 2 bungkus tepung dan 2 bungkus gula..wow hebat.. memang nak suruh ayie masak ke apa???haha.. apa pon terima kasih, terima kasih, terima kasih.. dan ayie akan hadiah balik kepada emak ayie untuk menggunakan keperluan di rumah..hehe..mak boleh saving 2 bungkus nak buat kek kukus buah dia.. yang kek lapis Appolo kompem kompem la ayie kene berebut dengan adik ayie serta anak buah ayie sorang tu..sekarang ayie dah surukkan..waaa banyak korang makan kan..hahaha


 Ayie sayang anda ♥♥♥ dah dapat hadiah mula semangat nak mengajar murid :P

Ahad, 4 Mac 2012

Perkahwinan Tasik Chini: Norida Saffi Dan Pasangan

Selamat Hari-Hari Kepada Pembaca


Tasik Chini nama yang sangat popular semasa zaman lampau dimana ada kisah dongeng mengatakan tasik chini telah timbul naga kat tasik yang terletak berhampiran muadzam shah Pahang..wallahualam..

ok tak nak cerita pasal naga.. nak cerita kisahnya kelangsungan perkahwinan kawan sekelas ayie di UiTM iaitu Norida Saffi serta pasangannya yang telah sah rasminya menjadi pasangan suami isteri pada minggu lepas.. dan semalam kenduri di pihak lelaki pula.. ayie nak ucapkan selamat pengantin baru kepada norida dan pasangan.. perjalanan yang agak jauh dari seremban ke tasik chini yang mengambil masa 3 jam nak sampai.. rumah pengantin di Felda Chini 2.. sebuah perkampungan felda yang teratur..wooo banglow.. kau ado!!..hehe..

Ayie harap pengantin ini dapat kekal sampai ke akhir hayat dan lahirkan anak-anak yang comel comel..mana tahu anak pengantin bakal jadi isteri ayie ke??? wallahualam :P

 Ayie sayang anda ♥♥♥ Semalam dapat cabutan bertuah semasa mesyuarat PIBG SK Mendum..nak tahu hadiah apa tunggu entry seterusnya :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...